Page 12 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 12

5.    JADUAL WAKTU BERKERJA MENGIKUT JENIS HOSPITAL


               Kekerapan kerja bertindih atau double shift bagi seseorang pemandu ambulans adalah
               antara 2 hingga 5 kali seminggu, dengan purata tertinggi sebanyak 5 kali seminggu.



               Jadual kerja yang diamalkan adalah seperti berikut :
               •     7.00 pagi – 2.00 petang / 2.00 petang – 9.00 malam

               •     7.00 pagi – 2.00 petang / 9.00 malam – 7.00 pagi (42 jam seminggu)

               •     7.00 pagi – 3.00 petang / 2.00 petang – 10.00 malam
               •     7.00 pagi – 3.00 petang / 9.00 malam – 7.00 pagi (45 jam seminggu)


               Masa kerja yang panjang ini menyebabkan pemandu mengalami keletihan fizikal dan

               mental serta tidak mendapat rehat yang mencukupi, sekali gus meningkatkan risiko
               kemalangan  jalan  raya  semasa  melaksanakan  tugas  penghantaran  pesakit  atau

               panggilan kecemasan.


               Setiap  hospital  memerlukan  kekuatan  tenaga  kerja  mencukupi  mengikut  keperluan

               operasi ambulans masing-masing.


               Contohnya :


                   •  Hospital berpakar : 9 pagi, 9 petang, dan 6 malam (jumlah tertinggi bagi hospital

                       berpakar).
                   •  Hospital daerah :

                          o  4 pagi, 4 petang, dan 2 malam; atau
                          o  3 pagi, 3 petang, dan 2 malam; atau

                          o  2 pagi, 2 petang, dan 1 malam — bergantung kepada keperluan dan jumlah

                              ambulans yang disediakan.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17