Page 14 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 14
B) Pelaksanaan Jadual 42 Jam Seminggu (Tanpa Waktu Rehat)
Hospital Berpakar / Hospital Daerah
Waktu Bekerja :
• 7.00 pagi – 2.00 petang
• 2.00 petang – 9.00 malam
• KM: 9.00 malam – 7.00 pagi / 9.00 malam – 8.00 pagi
• RM, HR
Arahan Keperluan Perkhidmatan (Double Shift / Waktu Silang – 42 Jam):
• 7.00 pagi – 2.00 petang / 2.00 petang – 9.00 malam
• 7.00 pagi – 2.00 petang / KM
• RM / 2.00 petang – 9.00 malam
• HR / 7.00 pagi – 2.00 petang / 2.00 petang – 9.00 malam (salah satu atau
kedua-dua sekali)
• HKA / 7.00 pagi – 2.00 petang / 2.00 petang – 9.00 malam / KM (salah satu
atau kedua-dua sekali)
6. SENARAI PENGHURAIAN KERJA PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDU
AMBULANS)
Perkhidmatan Pengangkutan merupakan sebahagian daripada kumpulan
sokongan (Pembantu Khidmat Am) yang memainkan peranan penting dalam
memastikan kelancaran perkhidmatan hospital. Pemandu ambulans
bertanggungjawab membantu melaksanakan tugasan penyediaan dan
pengoperasian ambulans di Jabatan Kecemasan, wad-wad, unit pra-hospital, serta
pengurusan pengangkutan jenazah di Unit Forensik.
Selain itu, mereka turut terlibat dalam penyediaan pengangkutan bagi urusan
pentadbiran hospital serta bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian
kecemasan atau bencana besar yang melibatkan ramai pesakit dan memerlukan
perkhidmatan ambulans segera.

