Page 16 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 16
8. Memastikan semua kunci kenderaan dikembalikan ke tempat simpanan selepas
digunakan.
9. Melaksanakan pembersihan kenderaan selepas digunakan terutamanya selepas
menghantar pesakit.
10. Memastikan penyelenggaraan berkala dijalankan oleh pihak konsesi mengikut
jadual yang ditetapkan.
11. Memahami tugasan berdasarkan jadual mingguan, jadual permohonan kenderaan
jabatan, dan jadual penjagaan kenderaan yang dikeluarkan oleh hospital.
12. Bersedia untuk dikerah bertugas semula atas keperluan perkhidmatan sama ada
selepas bertugas, sebelum bertugas atau pada hari cuti.
13. Mengamalkan pemanduan berhemah walaupun ketika membawa pesakit kritikal
— tidak melanggar lampu isyarat dan tidak memandu melebihi had laju yang
ditetapkan.
14. Sentiasa menerima dan mematuhi arahan daripada Pengarah Hospital, penyelia,
atau pegawai yang diberi kuasa.
7. JUSTIFIKASI PERMOHONAN BERSAMA DATA LENGKAP
Pelaksanaan waktu bekerja bagi skim Pembantu Khidmat Am (Pemandu
Ambulans) pada masa ini adalah berbeza antara hospital di bawah Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), sama ada mengikut jadual 42 jam seminggu atau 45
jam seminggu. Perbezaan ini memberi kesan langsung terhadap kecekapan
operasi, kebajikan anggota, serta keselamatan perkhidmatan ambulans yang
beroperasi 24 jam sehari.
Oleh itu, penyeragaman waktu bekerja kepada 42 jam seminggu dicadangkan
semula berdasarkan dapatan semasa dan implikasi operasi serta kebajikan
anggota.

