Page 18 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 18

2.    Tuntutan Elaun Lebih Masa Tidak Konsisten:


                     Pemandu  diarahkan  mengambil  cuti  gantian  (claim  off)  kerana  jabatan  tidak
                     memahami prosedur tuntutan kerja lebih masa. Keadaan ini dilaporkan berlaku di

                     Hospital Raub dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


               3.    Kesan Terhadap Kebajikan Anggota:

                      o  Kekurangan masa untuk kehidupan peribadi dan keluarga.
                      o  Gangguan kepada keseimbangan kerja-kehidupan serta masa rehat.

                      o  Sukar menjaga kesihatan diri akibat waktu kerja yang panjang.

                      o  Risiko tekanan (stress) dan “burnout” meningkat.
                      o  Peningkatan risiko kemalangan jalan raya akibat keletihan.

                      o  Penurunan prestasi kerja serta kecekapan pemanduan.



               Implikasi Kewangan (Anggaran Purata Negeri Pahang Sebagai Rujukan)



               Berdasarkan semakan semasa, purata anggaran implikasi kewangan bagi Elaun Kerja
               Lebih Masa (OT) untuk seorang pemandu ambulans di Negeri Pahang adalah antara

               RM800.00 hingga RM1,700.00 sebulan.


               Dengan jumlah 183 orang pemandu ambulans di 12 buah hospital, jumlah keseluruhan

               bayaran kerja lebih masa adalah lebih kurang:
                   •  Purata bulanan: RM221,900.00

                   •  Purata tahunan: RM2,662,800.00


               Angka ini menunjukkan peningkatan kos operasi akibat beban waktu kerja yang panjang

               serta  keperluan  kerja  lebih  masa  yang  berterusan  bagi  menampung  kekurangan
               anggota.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23