Page 19 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 19
Cadangan dan Justifikasi
1. Menyeragamkan semula waktu bekerja Pemandu Ambulans kepada 42 jam
seminggu di seluruh hospital bagi memastikan keseimbangan antara keperluan
operasi dan kebajikan anggota.
2. Menambah bilangan jawatan Pemandu Ambulans (PKA) bagi mengurangkan
keperluan kerja lebih masa berterusan.
3. Memantapkan kefahaman PTJ terhadap pelaksanaan pekeliling waktu bekerja dan
tatacara tuntutan kerja lebih masa.
4. Meningkatkan keselamatan pemanduan ambulans melalui jadual kerja yang lebih
munasabah dan mengurangkan risiko keletihan ekstrem.
8. KESIMPULAN
Cadangan penyeragaman kepada jadual 42 jam seminggu bukan sahaja memberi
manfaat terhadap kesejahteraan Pemandu Ambulans, malah dapat meningkatkan
keberkesanan perkhidmatan ambulans di seluruh negara. Ia juga sejajar dengan prinsip
pengurusan sumber manusia yang menekankan keseimbangan antara produktiviti dan
kesejahteraan anggota perkhidmatan awam.

