Page 15 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 15
Skop Tugas Utama
1. Menyediakan dan mengendalikan perkhidmatan ambulans selama 24 jam sehari
mengikut jadual syif yang ditetapkan.
2. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan pesakit yang memerlukan rawatan
lanjut atau rujukan antara fasiliti kesihatan.
3. Menyediakan khidmat pengangkutan rasmi bagi kegunaan kakitangan hospital
menggunakan kenderaan jabatan.
4. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah/mayat bagi keperluan Unit
Forensik.
5. Melaksanakan panggilan kecemasan ambulans dengan tindakan segera dalam
tempoh tidak melebihi lima (5) minit selepas menerima arahan.
6. Memastikan keselamatan dan keselesaan pesakit serta penumpang sepanjang
perjalanan.
7. Menjalankan pemeriksaan harian terhadap ambulans dan memastikan peralatan
perubatan serta sistem sokongan berfungsi dengan baik.
Arahan dan Tanggungjawab Operasi
1. Pemandu hendaklah sentiasa bersiap sedia di bilik pemandu semasa waktu
bertugas.
2. Memastikan ambulans berada dalam keadaan baik, bersih dan siap digunakan
pada setiap giliran tugas.
3. Menyemak dan memastikan peralatan kecemasan lengkap serta berfungsi
dengan baik sebelum operasi dijalankan.
4. Menyelenggara Buku Log Kenderaan dengan catatan perbatuan, perjalanan,
serta penggunaan minyak setiap kali digunakan.
5. Melaporkan segera sebarang kerosakan atau masalah teknikal kepada Ketua
Pemandu atau Penolong Pegawai Perubatan bertugas.
6. Memberi bantuan fizikal semasa proses menaik dan menurunkan pesakit dari/ke
ambulans.
7. Melaksanakan pemeriksaan harian terhadap ambulans dan kenderaan lain
sebelum digunakan, berdasarkan senarai semak yang disediakan.

