Page 37 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 37
tanah – iaitu setelah mati - dan Allah menerima taubat kepada orang yang bertaubat."
(Muttafaq 'alaih)
لتقي نيلجر ىلإ ىلاعتو هناحبس الله كحضي : " لاق ملسو هيلع الله ىلص الله لوسر نأ هنع الله يضر ةريره يبأ نعو 24-
) ) . هيلع قفتم " ( ( دهشتسيف ملسيف لتاقلا ىلع الله بوتي مث ،لتقيف الله ليبس يف اذه لتاقي ،ةنجلا نلاخدي رخلآا امهدحأ
24. Dan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah Subhanahu wa Ta'ala tertawa - merasa senang - kepada dua orang yang seorang
membunuh pada lainnya, kemudian keduanya dapat memasuki syurga. Yang seorang itu
berperang fisabilillah kemudian ia dibunuh, selanjutnya Allah menerima taubat atas orang yang
membunuhnya tadi, kemudian ia masuk Islam dan selanjutnya dibunuh pula sebagai seorang
syahid." (Muttafaq 'alaih)
Nota kaki:
Lengkapnya ayat-ayat 117, 118 dan 119 dari surat at-Taubah itu artinya adalah sebagai berikut:
117. Sesungguhnya Allah tefah menerima taubat Nabi, kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang
mengikuti Nabi dalam masa kesulitan. iaitu setelah hati sebahagian dari mereka hampir
menyimpang, kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha
Pengasih Lagi Penyayang kepada mereka.
118. Allah juga menerima taubatnya tiga orang yang ditinggalkan di belakang sehingga bumi
yang luas terbentang ini terasa sempit oleh mereka dan mereka rasakan nafas mereka menjadi
sesak. Mereka mengetahui bahawa tidak ada tempat berlindung dari seksa Allah melainkan
kepada Allah. Kemudian Allah menerima taubat mereka supaya mereka kembali - ke jalan
yang benar -. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat lagi Penyayang.
119. Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu semua
itu bersama-sama orang-orang yang benar - kata-kata serta perbuatannya.