Page 35 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 35
Ka'ab berkata: "Kita semua bertiga ditinggalkan, sehingga tidak termasuk dalam urusan
golongan orang-orang yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. perihal alasan-alasan mereka itu,
iaitu ketika mereka juga bersumpah padanya, lalu memberikan janji-janji kepada mereka
supaya setia dan memohonkan pengampunan untuk mereka pula. Rasulullah s.a.w. telah
mengakhirkan urusan kita bertiga itu sehingga Allah memberikan keputusan dalam peristiwa
tersebut." Allah Ta'ala berfirman: "Dan juga kepada tiga orang yang ditinggalkan."
Bukannya yang disebutkan di situ iaitu dengan firmanNya "Tiga orang yang ditinggalkan
dimaksudkan kita membelakang dari peperangan, tetapi Rasulullah s.a.w. yang meninggalkan
kita bertiga tadi dan menunda urusan kita, dengan tujuan untuk memisahkan dari orang-orang
yang bersumpah dan mengemukakan alasan-alasan padanya, kemudian menyampaikan
masing-masing keuzurannya dan selanjutnya beliau s.a.w., menerima alasan-alasan mereka
tersebut." (Muttafaq 'alaih)
Dalam sebuah riwayat disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. keluar untuk berangkat
ke peperangan Tabuk pada hari Khamis dan memang beliau s.a.w. suka sekali kalau keluar
pada hari Khamis itu."
Dalam riwayat lain disebutkan pula: "Beliau s.a.w. tidak datang dari sesuatu perjalanan
melainkan di waktu siang di dalam saat dhuhadan jikalau beliau s.a.w. telah datang, maka lebih
dulu masuk ke dalam masjid, kemudian bersembahyang dua rakaat lalu duduk di dalamnya."
Keterangan:
Secara jelasnya makna Khullifuu dalam ayat di atas itu ialah: ditangguhkannya tiga orang itu
perihal dimaafkannya dan ditundanya untuk diterima taubatnya sehingga lima puluh hari lima
puluh malam lamanya.
Jadi Khullifuu bukan bermaksud ditinggalkannya orang tiga di atas oleh Rasulullah s.a.w. dan
sahabat-sahabatnya ketika tidak mengikuti perang Tabuk.
Oleh sebab itu orang lain yang tidak mengikuti perang Tabuk dan berani bersumpah serta
mengemukakan alasan-alasan yang beraneka macamnya, lalu dimaafkan oleh Nabi s.a.w. dan