Page 36 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 36
tidak ikut dikucilkan, tidak dapat dimasukkan dalam golongan "Tiga orang yang ditinggalkan"
tersebut. Jadi diterima atau tidaknya alasan yang mereka kemukakan itu belum dapat
dipastikan kebenarannya, sebab yang Maha Mengetahui hanyalah Allah Ta'ala sendiri.
Jelasnya kalau benar alasannya, tentulah dimaafkan oleh Allah, sedang kalau tidak, tentu saja
ada siksanya bagi orang yang berdusta itu, apabila Allah tidak mengampuninya.
Adapun tiga orang di atas sudah pasti dimaafkan dan juga telah diterima taubatnya.
لوسر تتأ ةنيهج نم ةأرما نأ امهنع الله يضر ىعازخلا نيصحلا نب نارمع - ميجلا حتفو نونلا مض - ديجن يبأ نعو 22-
ملسو هيلع الله ىلص الله يبن اعدف ،يلع همقأف ادح تبصأ الله لوسر اي : تلاقف ،ىنزلا نم ىلبح ىهو ملسو هيلع الله ىلص الله
اهب رمأ مث ،اهبايث اهيلع تدشف ،ملسو هيلع الله ىلص الله يبن اهب رمأف لعفف ،ينتأف تعضو اذإف ،اه يلإ نسحأ : لاقف اهيلو
تسمق ول ةبوت تبات دقل : لاق ،تنز دقو الله لوسر اي اهيلع ىلصت : رمع هل لاقف . اهيلع ملسو هلآو هيلع الله ىلص مث ،تمجرف
. ملسم هاور ؟ ! " لجو زع لله اهسفنب تداج نأ نم لضفأ ت دجو لهو ،مهتعتسول ةنيدملا لهأ نم نيعبس نيب
22. Dari Abu Nujaid (dengan dhammahnya nun dan fathahnya jim) iaitu lmran bin Hushain al-
Khuza'i radhiallahu 'anhuma bahawasanya ada seorang wanita dari suku Juhainah mendatangi
Rasulullah s.a.w. dan ia sedang dalam keadaan hamil kerana perbuatan zina. Kemudian ia
berkata: "Ya Rasulullah, saya telah melakukan sesuatu perbuatan yang harus dikenakan had -
hukuman - maka tegakkanlah had itu atas diriku." Nabiullah s.a.w. lalu memanggil wali wanita
itu lalu bersabda: "Berbuat baiklah kepada wanita ini dan apabila telah melahirkan -
kandungannya, maka datanglah padaku dengan membawanya." Wali tersebut melakukan apa
yang diperintahkan. Setelah bayinya lahir - lalu beliau s.a.w. memerintahkan untuk memberi
hukuman, wanita itu diikatlah pada pakaiannya, kemudian direjamlah. Selanjutnya beliau s.a.w.
menyembahyangi jenazahnya.
Umar berkata pada beliau: "Apakah Tuan menyembahyangi jenazahnya, ya Rasulullah,
sedangkan ia telah berzina?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ia telah bertaubat benar-benar, andai
kata taubatnya itu dibahagikan kepada tujuh puluh orang dari penduduk Madinah, pasti masih
mencukupi. Adakah pernah engkau menemukan seseorang yang lebih utama dari orang yang
suka mendermakan jiwanya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah 'Azzawajalla."
(Riwayat Muslim)
هل نوكي نأ بحأ بهذ نم ايداو مدآ نبلا نأ ول : " لاق ملسو هيلع الله ىلص الله لوسر نأ امهنع الله يضر سابع نبا نعو 23-
) ) . هيلع قفتم " ( ( بات نم ىلع الله بوتيو ،بارتلا لاإ هاف لأمي نلو ،نايداو
23. Dari Ibnu Abbas dan Anas bin Malik radhiallahu 'anhum bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Andaikata seorang anak Adam - yakni manusia - itu memiliki selembah emas, ia tentu
menginginkan memiliki dua lembah dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya kecuali