Page 11 - majalah bidayuh pep (2)group6
P. 11
Menurut pengalaman peribadi masyarakat, ketika
salah seorang ahli keluarga beliau meninggal dunia,
anak kepada ahli keluarga bertindak sebagai wakil
untuk memecahkan pinggan mangkuk sebagai
tanda si mati akan dibawa keluar dari rumah. Ketika
ahli keluarga sudah nazak, datuk beliau membawa
sebuah mangkuk berisi duit syiling dan meletakkan
mangkuk tersebut dekat dengan kepala ahli
keluarganya yang nazak sambil berkata sekiranya
dia (ahli keluarga tersebut) berhutang sesiapa,
minta dihalalkan. Beliau berkata beliau tidak pasti
dengan adat kampung (persekitaran) lain tetapi
ketika pengebumian ahli keluarganya , mereka tidak
meletakkan barang kepunyaan si mati ke dalam
keranda. Disebaliknya, mereka membakar beberapa
barang peribadi si mati selepas itu. Beliau
bertambah lagi kepercayaan dahulu adalah apabila
seekor haiwan eksotik masuk ke dalam rumah
(contoh, ular), ia menanda ahli keluarga mereka
yang telah meninggal dunia datang melawat.
9