Page 9 - majalah bidayuh pep (2)group6
P. 9

ADAT DAN RESAM





     Suku kaum Bidayuh ini terdapat juga adat dan resam


                                    di dalam masyarakat ini




                                  Bidayuh (Bau – Jagoi)


       Menurut sumber yang berbangsa Bidayuh Jagoi, terdapat beberapa pantang

      diperhatikan semasa kematian seseorang. Ketika mereka masih pagan, mayat

   hanya akan disimpan selama sehari dan dibakar kemudian, tetapi memandangkan
        kebanyakan mereka kini sudah memeluk agama Kristian, sebuah adat baru

       diperkenalkan. Pada waktu malam, seorang wakil ditugaskan untuk menjaga

     keranda. Mereka akan ke tanah perkuburan untuk pengebumian selepas 7 hari,

   setelah semua ahli keluarga sudah sampai ke rumah keluarga si mati. Dalam 7 hari
         tersebut, mereka akan bersembahyang dan akan menutup televisyen dan

   menutup cermin dengan kain. Difahamkan juga beberapa keluarga memilih untuk

        mengadakan sesi tersebut selama 3 hari baru membawa keranda ke tanah

                                     perkuburan untuk pengembumian.


       Ketika durasi ini juga, kucing peliharaan akan dikurungkan atau dikeluarkan.

     Semasa perkuburan, barang kepunyaan yang meninggal akan dikuburkan sekali
                                        (sebagai contoh: tilam, baju dll.)


                                                                                                                   7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14