Page 12 - majalah bidayuh pep (2)group6
P. 12
Bidayuh (Lundu – Salako)
Menurut sumber yang berbangsa Bidayuh Salako, salah satu
amalan yang diamalkan oleh mereka adalah amalan sam-
sam, iaitu sebuah perintah berkurung di dalam kampung.
Ketika sam-sam dilaksanakan, penduduk tidak dibenarkan
keluar dari rumah dan tidak dibenarkan untuk menonton
televisyen dan radio dengan volume yang kuat. Sepanjang
durasi ini, tiada perayaan disambutkan dan semua kerja luar
diberhentikan. Penduduk diwajibkan untuk duduk di rumah
(social distancing before PKP!)
Amalan ini akan diputuskan oleh Ketua Adat atau Ketua
Kampung, dimana salah satu hari akan dipilih sebagai hari
semua penduduk disuruh duduk di rumah. Ini dikira sebagai
tempoh ‘kampung berehat’. Semasa durasi ini juga, orang
luar tidak dibenarkan masuk ke dalam kampung.
Seperti sekarang dimana seluruh dunia diarahkan
menjalankan perintah berkurung/kawalan pergerakan,
mereka telah melakukan amalan ini sejak turun temurun.
Bagi mereka yang melanggar perintah ini, mereka akan
dihukum mengikut hukum adat kampung.
10