Page 21 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 21

Berdasarkan Model Sosial, ketidakupayaan ini terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan
            halangan sikap dan persekitaran yang boleh menyekat penuh penglibatan  mereka dalam masyarakat. Justeru, dalam

            usaha untuk memperkasakan OKU dan mengiktiraf mereka sebagai entiti masyarakat yang saksama dan sama tara
            dengan warganegara yang lain. Model ini diketengahkan sebagai usaha ke arah ini. Tidak hanya melihat  OKU sebagai
            beban atau entiti yang semata-mata perlu dipulihkan. Namun disokong untuk mencapai kualiti kehidupan dengan
            memecahkan semua halangan sikap dan persekitaran yang mendiskriminasikan hak berkehidupan mereka selama
            ini.


                    Buku ini dihasilkan bagi mengetengahkan pencapaian-pencapaian dan sumbangan OKU dalam pelbagai
            bidang sungguhpun terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan cabaran dalam kehidupan. Diketengahkan juga
            bagaimana halangan sikap dan persekitaran dalam sistem sokongan yang wujud dalam perjalanan hidup mereka
            banyak membantu usaha mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Ini dapat membuktikan bahawa
            “kecacatan” yang dimiliki oleh OKU bukanlah penghalang kepada kejayaan namun halangan ketidakupayaan yang
            wujud daripada sistem seperti polisi, prasarana, sikap masyarakat yang menyebabkan ketidakupayaan kepada OKU
            itu sendiri.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26