Page 20 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 20

PENGENALAN - TIADA YANG MUSTAHIL: KISAH KEJAYAAN OKU





            Pendahuluan




                    Jabatan Kebajikan Masyarakat (2021) mencatatkan sejumlah 592,856 Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar
            sehingga Januari 2021. Statistik ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya di mana Presiden Majlis
            Paralimpik Malaysia, melaporkan hanya 570,000 OKU yang berdaftar (Utusan Malaysia, 2020). Walau bagaimanapun
            statistik  peratusan OKU di negara ini hanya menjangkau 2% daripada jumlah penduduk Malaysia dan masih jauh

            berbanding unjuran populasi OKU dunia yang dianggarkan sekurang-kurangnya 15% daripada penduduk dunia
            mempunyai ketidakupayaan.


                    Kerajaan Malaysia meluluskan Akta OKU pada tahun 2008 sebagai satu komitmen negara di bawah ratifikasi

            konvensyen antarabangsa dalam  Convention on The Rights for Persons with Disabilities. Penggubalan akta ini di
            Malaysia secara langsung adalah sebagai satu pengiktirafan terhadap golongan OKU di bawah hak asasi manusia.
            Kerajaan Malaysia  yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensi
            Jabatan  Kebajikan  Masyarakat  mengiktiraf  sumbangan  OKU  di  Malaysia. Ini  dapat  dilihat  melalui  perancangan  dan

            program yang digariskan di bawah 10 Teras Strategik Pelan Tindakan OKU 2016-2022 mengambil 10 prinsip di bawah
            Incheon Strategy dalam usaha mengiktiraf OKU dan komitmen di rantau Asia Pasifik.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25