Page 15 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 15

Penghargaan






              PENGARAH INSTITUT SOSIAL MALAYSIA





                    Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Taala atas
            kejayaan Institut Sosial Malaysia dalam menghasilkan dan menerbitkan sebuah
            lagi air tangan terbaru, buku tentang kisah kejayaan Orang Kurang Upaya (OKU)

            iaitu Tiada Yang Mustahil :Kisah Kejayaan OKU Edisi 2.


                    Lahirnya naskhah ini adalah kesinambungan daripada buku Tiada Yang
            Mustahil: Kisah Kejayaan OKU Edisi 1 dalam mengiktiraf dan memartabatkan

            golongan  OKU  di  negara  ini  yang  disokong  penuh  oleh  Kementerian
            Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat. Bagi edisi ke-2 ini memaparkan
            32 kisah kejayaan OKU dalam pelbagai bidang yang dipilih  dari seluruh negara.
            Kisah kejayaan ini  menggambarkan komitmen kerajaan melalui  Institut Sosial

            Malaysia dalam mendokong aspirasi terhadap OKU.




                                                                                            ­ ƒ            
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20