Page 14 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 14
Penghasilan buku ini juga merupakan manifestasi kementerian dalam menterjemahkan keprihatinan terhadap
golongan OKU di samping memperjuangkan hak kesaksamaan dan kesamarataan mereka dalam kalangan masyarakat.
KPWKM sentiasa cakna dan serius dengan keperluan kumpulan sasar, bahkan sentiasa memberikan
perkhidmatan yang terbaik.
Tahniah saya ucapkan kepada Institut Sosial Malaysia (ISM) yang menerajui projek penerbitan buku ini. Syabas
juga kepada Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang
membantu dalam penyediaan maklumat awal OKU yang terlibat. Penghargaan juga ditujukan kepada Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menyumbangkan kepakaran dalam memastikan
kejayaan dan kualiti penerbitan buku ini. Tidak dilupakan juga, penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam penghasilan buku Tiada Yang Mustahil: Kisah Kejayaan OKU Edisi 2 ini.
Syabas! Selamat membaca.