Page 12 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 12

Statistik pendaftaran OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia mencatatkan bilangan OKU di Malaysia
            sehingga 31 Disember 2021 adalah seramai 590,418 orang. Justeru, paparan kisah-kisah siri kejayaan ini hanyalah
            daripada segelintir sahaja mewakili OKU di Malaysia. Kejayaan mereka ini adalah bukti kemampuan mereka dalam
            mencipta kejayaan setanding dan seiring dengan individu bukan OKU yang lain.



                    Berpaksikan sokongan yang mantap dan berterusan dari pihak agensi telah memberikan ruang nafas baharu
            dalam mereka melihat dunia di hadapan. Peranan agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat terutamanya memastikan

            kesejahteraan dan kebajikan OKU di negara ini memberi impak yang besar dalam mereka meneruskan pembelajaran dan
            meniti kehidupan seterusnya. Dalam kisah kejayaan ini juga turut dinukilkan bagaimana sistem sokongan keluarga yang
            tidak pernah putus asa sentiasa memberi semangat, motivasi serta kasih sayang bersulam doa tanpa henti demi melihat
            OKU mencipta kejayaan. Selain faktor luaran ini, faktor dalaman OKU yang tidak pernah mengalah atas cemuhan dan
            pelbagai rintangan serta cabaran. Kesemuanya diharungi demi untuk mencapai mercu yang diimpikan. Mereka adalah

            sumber inspirasi dan motivasi yang wajar dicontohi bukan sahaja dalam kalangan OKU sendiri malah untuk seluruh
            masyarakat luar yang bukan OKU juga.



                    Tahniah Institut Sosial Malaysia. Tahniah kepada barisan urus setia, para penulis dan seluruh yang terlibat dalam
            menjayakan usaha penerbitan Buku Tiada Yang Mustahil: Kisah Kejayaan OKU Edisi Kedua ini.


            Semoga terinspirasi dan selamat membangkit motivasi!
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17