Page 16 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 16
Diharapkan buku ini dapat menjadi sumber rujukan bukan sahaja kepada OKU, tetapi juga kepada seluruh
keluarga Malaysia dan bukti tanda bahawa OKU juga sama tara dalam setiap aspek kehidupan, mampu beroleh kejayaan
sekiranya diberi ruang dan peluang serta sokongan. Semoga naskhah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat
dan menjadi medium penyampaian kesedaran dan advokasi tentang OKU di negara ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Pasukan Editorial,
penulis-penulis, calon-calon OKU dan tidak ketinggalan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia
Kelantan (UMK) yang banyak membimbing ISM serta menyumbang kepakaran dalam penghasilan buku ini.
Ilmu Sejahterakan Masyarakat. Semoga naskhah ini akan menjadi repositori data serta naratif yang menjadi
‘evidence based’ tentang kekuatan dan kejayaan OKU dalam semua kategori sekiranya disokong dengan sistem yang
sesuai berdasarkan keperluannya.
“Disability is not tragedy ignorance is”
Selamat menyelami dan menghayati kisah-kisah terpilih yang berimpak ini!