Page 17 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 17

PRAKATA PENYUNTING



            Dengan nama Allah S.W.T., Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


                    Syukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat dan petunjuk-Nya, kami berjaya menyunting 32 kisah kejayaan individu OKU

            ke dalam buku kedua ini. Penghargaan dizahirkan kepada Institut Sosial Malaysia melalui peluang berharga untuk
            menyempurnakan penerbitan buku ini. Melalui “Tiada yang Mustahil (Edisi Kedua)”, 32 kisah kejayaan yang ditonjolkan
            dalam bentuk penulisan kes ilustratif yang mana sebahagian besar kandungannya merupakan satu pendedahan potensi
            OKU dalam masyarakat yang masih ramai tidak ketahui.



                    Pembaca akan mengetahui realiti kehidupan sebenar  OKU dalam mencapai cita-cita dan bagaimana mereka
            mampu mengasah potensi-potensi kecemerlangan yang dimiliki dalam diri. Mereka adalah sumber inspirasi dek
            kehebatan, kelebihan dan kecekalan yang dimiliki. Diketengahkan juga bagaimana sokongan sistem persekitaran yang

            tidak hanya berkaitan hal ehwal kebajikan mereka, tetapi bagaimana laluan perjalanan kehidupan yang perlu ditangani
            dengan sebaiknya menjadi rujukan dan iktibar dalam memberikan impak atas kejayaan mereka. Mereka mampu
            menghadapi cabaran dan akhirnya membuktikan kebolehan dalam aspek kualiti hidup, kecemerlangan kerjaya, keluarga
            dan akhirnya turut juga menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22