Page 13 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 13
Kata Alu-aluan
KSU KPWKM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjaya menghasilkan
satu lagi naskhah yang memaparkan kejayaan Orang Kurang Upaya (OKU)
melalui penerbitan buku Tiada Yang Mustahil: Kisah Kejayaan OKU Edisi 2. Buku ini
yang merupakan kesinambungan dari Tiada Yang Mustahil: Kisah Kejayaan OKU
Edisi 1 membuktikan bahawa masih ramai OKU yang belum diketengahkan kisah
kejayaan mereka.
Sungguh membanggakan apabila melihat kejayaan 32 orang OKU pelbagai
bidang, pelbagai ketidakupayaan yang diilustrasikan dalam bentuk penulisan.
Kejayaan-kejayaan yang dinukilkan menjadi bukti bahawa OKU juga boleh
berdikari, berjaya dan menjadi penyumbang kepada pembangunan masyarakat
dan negara.