Page 104 - Monograf Persuratan Melayu
P. 104

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               Rumusan

                      Betapa pentingnya menghargai karya-karya sastera nasional terutamanya hasil
               penulisan Sasterawan Negara yang sarat dengan falsafah dan pemikiran tinggi yang
               diselitkan dalam penulisan mereka. Penggunaan  bahan sastera seperti novel ini dapat
               menerapkan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dengan mengutamakan pemupukan
               semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan
               warganegara yang mempunyai jati diri yang kuat, menghargai khazanah bangsa serta
               meningkatkan kecintaan mereka terhadap agama, bangsa dan negara. Selain itu, nilai
               positif yang diterapkan dalam karya sastera diharap dapat diteladani  dan dijadikan
               panduan dalam kehidupan.

                      Pembacaan karya sastera seperti novel hasil tulisan Sasterawan Negara ini perlu
               digalakkan kerana karya sastera ini banyak membicarakan peristiwa yang berlaku pada
               masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Melalui
               pembacaan karya sastera, masyarakat digalakkan berfikir secara kritis tentang kewajaran
               sesuatu peristiwa berlaku. Sastera mendidik pembaca untuk berfikir tentang kerasionalan
               sesuatu peristiwa bukan menghukum apabila berlaku sesuatu perkara. Kemahiran berfikir
               seumpama ini akan mematangkan pemikiran pembaca dan dapat mengelakkan daripada
               bersikap terburu-buru dalam tindakan. Selain itu,  karya sastera juga dapat memberi
               hiburan kepada pembaca sambil mengisi masa lapang. Keseronokan membaca karya
               seumpama ini secara tidak langsung dapat memupuk minat membaca dalam kalangan
               rakyat Malaysia.  Hargailah karya-karya sastera terutamanya karya satsera nasional
               kerana setiap karya pasti sarat dengan falsafah dan pemikiran yang berupaya menjentik
               minda pembaca ke arah pembentukan negara bangsa yang sebenarnya.





















                                                         98
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109