Page 100 - Monograf Persuratan Melayu
P. 100
Monograf Persuratan Melayu 2022
JATI DIRI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN DALAM
KARYA
SEMANGAT NILAI
PATRIOTISME KEMANUSIAAN
Perbincangan akan dibuat berdasarkan ketiga-tiga kategori yang dihuraikan di bawah ini;
i. Jati diri
Menurut Kamus Dewan Edisi 4 (2005), jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan
istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan
lambang keperibadian seseorang individu dan sesuatu bangsa. Jati diri juga bermaksud
identiti bagi pembinaan negara bangsa lebih berteraskan kekuatan sesuatu bangsa dan
semangat patriotik yang utuh.
Jati diri juga secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa,
pegangan, fahaman, dan pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai
tersebut membentuk watak dan sifat peribadi,cara berfikir, cara hidup dan penampilan
diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad Ruslan.. [et.
al.], 2010). Cita-cita pemupukan jati diri boleh dicapai kerana kita sudah sedia ada
negara, bahasa, nilai, minat dan perlakuan yang sama mengikat seluruh negara. Oleh itu,
jati diri juga dikaitkan dengan akhlak dan maruah individu, masyarakat atau negara.
Cabaran dalam membentuk jati diri dikategorikan kepada dua aspek iaitu faktor
dalaman dan juga faktor luaran. Faktor dalaman datangnya daripada dalam diri individu
itu sendiri, baik dari segi pemikirannya, mental mahupun rohani. Faktor dalaman
membentuk jati diri adalah dari segi pemikiran individu itu yang tidak mahu berubah. Jati
diri tidak akan dapat dibentuk jika individu itu menolak untuk berubah. Pemikiran yang
masih di takuk yang lama dan menolak perubahan yang berlaku sukar membentuk jati
diri yang positif. Pembentukan jati diri juga tidak akan berlaku apabila kurangnya
kesedaran betapa pentingnya jati diri dalam kehidupan kita. Faktor luaran pula datangnya
dari ancaman luaran yang menggugat ketenteraman diri individu tersebut. Apabila tiada
94