Page 95 - Monograf Persuratan Melayu
P. 95

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               kebenaran yang asli. Sidi Gazalba dalam bukunya Sistematika Filsafat menterjemahkan
               perkataan ‘philosophia’ sebagai ‘cinta kepada pengetahuan bijaksana’. Menurut beliau,
               pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai anak kunci kepada pembuka rahsia kebenaran.

                      Dalam kesusasteraan, ilmu falsafah membincangkan soal dasar manusia dan cuba
               mencari jawapan sebenar sesuatu persoalan.  Oleh itu, fungsi utama falsafah dalam
               kesusasteraan ialah memberi landasan untuk bergerak dan memecahkan kebuntuan-
               kebuntuan yang dihadapi. Jelaslah, falsafah ialah suatu seni berfikir secara kreatif. Oleh
               itu, menguasai ilmu falsafah bererti akan  mempertahankan daya kreatif para
               pengarangnya dan memahami hasrat yang hendak disampai dalam sesebuah karya.


                      Kesusasteraan Melayu mempunyai nilai keindahan dan mencari hakikat
               kebenaran melalui aliran yang diyakini pada sesuatu zaman. Nilai keindahan dan hakikat
               kebenaran dikatakan mempunyai kaitan dengan persoalan nilai dan daya intelektualisme
               atau akal budi. Dalam hal ini, Plato mengutarakan bahawa kebenaran dunia ini tidak
               diungkapkan melalui pancaindera, sebaliknya sebagai pancaran dan manifestasi akal
               budi. Kebenaran akal budi itu mestilah abadi dan apriori. Melalui perkembangan budilah
               manusia dapat memahami dirinya sendiri, kuasa supermatural dan alam semesta.
               Kesusasteraan yang menyerlahkan norma-norma kehidupan dan pola-pola pelakuan
               manusia, sebenarnya mencerminkan pandangan-pandangan dan falsafah hidup manusia,
               dan juga bangsa tersebut.  Melalui karya sastera disalurkan “pesanan” yang dibawa boleh
               menjadi positif ataupun negatif, iaitu bergantung pula kepada karyawan sastera tersebut.

                      Selain memahami falsafah dalam sesebuah karya, pemikiran dalam sesebuah
               karya juga  amat penting difahami dan diberikan perhatian.  John  Barell (1991)
               mendefinisikan pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan
               yang wajar.   Pemikiran  dalam karya sastera merujuk kepada gagasan atau sumbang
               saran yang ingin diterjemahkan oleh pengarang kepada masyarakat pembaca
               nya.  Pemikiran boleh diinspirasikan oleh pelbagai faktor seperti aspek ekonomi, politik,
               sosial dan sosiobudaya.


                      Menurut Mohd Yusof  Othman (1998 : 59), pemikiran mempunyai pengertian
               yang luas dan boleh diterangkan dalam pelbagai pendekatan. Namun, berfikir merupakan
               suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan  dan jati diri seseorang. Oleh yang
               demikian,  hanya orang  yang mampu berfikir boleh melakukan perubahan dan boleh
               menjana aktiviti yang bersifat kreatif dan membina. Kemampuan dan keluasan berfikir
               tidak akan menjadikan seseorang itu stereotaip dalam tindakan dan amalannya. Zainal
               Kling (1993 : 400),  menjelaskan bahawa konsep pemikiran sebagai kegiatan untuk




                                                         89
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100