Page 97 - Monograf Persuratan Melayu
P. 97
Monograf Persuratan Melayu 2022
Karya Sastera Nasional Novel Arus
Karya sastera nasional yang dipilih untuk dibincangkan dalam makalah ini ialah novel
Arus yang ditulis oleh Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara ke-10. Novel Arus ini
merupakan novel kedua hasil penulisan Anuar Ridhwan yang diterbitkan pada 1985,
mempunyai ketebalan 80 halaman dan 14 bab. Novel Arus pada asalnya disunting dan
diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Hal ini telah menarik minat bangsa lain untuk
menterjemahkan novel ini kepada bahasa lain. Oleh itu, novel Arus juga telah
diterjemahkan ke bahasa Perancis pada tahun 1989 dan kemudiannya ke dalam bahasa
Thai. Arus memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1985. Keistimewaan novel
ini juga mendapat perhatian penerbit drama TV pada tahun 1990 lalu diadaptasi novel
Arus menjadi drama TV pada tahun tersebut.
i. Biodata Pengarang Novel Arus
Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama
sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada
5 Ogos 1949. Beliau ialah lulusan Sarjana Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya,
beliau kemudiannya memperoleh ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor
Falsafah (Ph.D pada tahun 1998). Kesemua ijazahnya dari Universiti Malaya. Beliau
menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada
tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.
Dalam dunia penulisan, beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis
cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang
memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus
(1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985. Antara cerpen karyanya ialah
Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang
(1976) (edisi bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev, 1996) dan Dari Kiev ke Moskova
(1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul
Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu
dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia
(penterjemah Dr. Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit
Paideia). Dua cerpen Anwar Ridhwan ("Sesudah Perang" dan "Sasaran") turut
diterjemahkan oleh Dr. Victor Pogadaev juga ke dalam bahasa Rusia.
Anwar mempunyai latar belakang kegiatan sastera dan bahasa yang agak luas.
Dari tahun 1974-1976, beliau pernah menjadi Setiausaha Satu GAPENA; Pengarah
“Pertemuan Sasterawan Nusantara III” yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 5-6
91