Page 92 - Monograf Persuratan Melayu
P. 92

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               berintonasi. Sebaliknya, penggunaan tanda seruan dalam baris, Bismil-Lah hir-Rahmanir-
               Rahim!, tidak melahirkan sebarang jenis perasaan.

               Penutup


               Berdasarkan pembacaan didapati bahawa idealisme dan dedaktisme Nawawee
               Mohammad dalam UM ini lebih jelas pada bahagian Surat Ayah. Manakala, pada sajak-
               sajak bahagian lain lebih bersifat rakaman pengalaman, pemikiran, renungan penyair,
               terutama pada bahagian Umpama Mutiara.


                      Umumnya, sajak-sajak dalam UM terbahagi kepada dua kategori, iaitu sajak-sajak
               yang  ditujukan kepada kaum remaja, dan sajak-sajak rakaman peribadi penyair. Hal ini
               menyebabkan kesannya juga terbahagi dua, iaitu memberi kesan langsung  sebagai
               ikhtibar dan pengajaran  bagi memenuhi tujuan dan harapan, bukan sahaja tujuan dan
               harapan penyair, malahan tujuan dan harapan kita, terhadap generasi dan masa depan
               negara. Manakala, sebahagian lain sajak-sajak Nawawee adalah cantik dan indah dari seni
               sasteranya, namun tidak jelas fungsinya terhadap kaum remaja. Malah, sajaknya yang
               berjudul ‘Umpama Mutiara’ (m.s. 95) yang sekali gus diangkat sebagai judul kumpulan
               sajak remaja ini, adalah kurang berwacana dalam konteks pembinaan sahsiah remaja,
               apalagi bagi awal remaja dalam lingkungan usia 13 – 17 tahun. Lazimnya, pada peringkat
               ini, mereka berada dalam alam persekolahan. Sedangkan mesej sajak tersebut adalah
               berkenaan nilai anak: ‘anak itu umpama mutiara,’ ‘anak itu pantulan cermin,’ ‘anak itu
               umpama jambatan,’ ‘anak itu umpama kuntum bunga.’ Mesej sajak ini lebih berwacana
               kepada mereka yang telah berkeluarga, baik remaja akhir, dewasa awal mahupun dewasa
               akhir.  Demikian, dari segi citra manusia sebagai ikhtibar dan teladan ‘kurang terasa’
               dipersajakan  kerana gaya pengolahannya yang menjurus kepada aspek rakaman peribadi
               secara umum. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang peka dan sajak-sajak pada
               bahagian awal amat sesuai untuk remaja dan boleh dijadikan bahan pengajaran guru.

                      Demikian kesan pembacaan saya yang ingin menduga lautan dalam Nawawee
               Mohammad dengan kail sejengkal  Nassury  Ibrahim. Walaupun berkailkan sejengkal,
               saya juga sebagaimana Nawawee Mohammad, berharap agar ‘perjuangan’ tulisan ini dan
               perjuangan tuan-tuan sekalian terukir dan terpahat pada keinginan  sebagaimana sajak
               ‘Sebuah Harapan’ di bawah.










                                                         86
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97