Page 87 - Monograf Persuratan Melayu
P. 87

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022



                              Pesanmu
                              sekalipun hidup ini penuh duri

                              tajamnya tidak akan menikam sesiapa
                                            (sajak ‘Surat kepada seorang Kakak’)

               (ii)   Citra persahabatan

                      Penyairkan menggambarkan imej manusia tempat berkongsi perasaan, ikatan
               persahabatan, dan sumber maklumat. Contoh sajak ialah sajak ‘Jiran’ (m.s. 12), sajak
               ‘Terima Kasih Abang Posman’ (m.s. 30), sajak ‘Sahabatku Seorang Mahasiswa’ (m.s.
               47), sajak ‘Surat Dari Kampung’ (m.s. 54), sajak ‘Surat Dari Kampus’ (m.s. 55), sajak
               ‘Surat Sahabat’ (m.s. 56) dan sajak ‘Surat Seorang Teman Yang Ditimpa Kemalangan’
               (m.s. 57). Perhatikan contoh petikan sebagaimana di bawah.

                              Selain anak isteri dan ahli keluarga

                              hanya jiran manusia pertama
                              tempat menyampai mahupun menerima
                              berita gembira mahupun peristiwa duka
                                            (Sajak ‘Jiran’)


                              Satu-satunya paling berjasa
                              kaudekatkan jauh rapatkan dekat

                              memaknakan hidup berasyarakat
                                            (Sajak ‘Terima Kasih Abang Posmen’)

                              Berita terbaru dan paling akhir

                              hanya pertanyaan tentang kerja sawah
                                            (Sajak ‘Sahabatku Seorang Mahasiswa’)


               (d) Aktiviti Keagamaan
                      Citra keagamaan dan  aktiviti keagamaan manusia dalam masyarakat banyak
               terdapat dalam sajak-sajak dalam bahagian Umpama Mutiara. Penyair merakam aktiviti
               keagamaan yang dilakukan oleh masyarakat, baik aktiviti secara indivindu mahupun
               aktiviti secara berkumpulan, renungan di sebalik kejadian alam dan kekuasaan Tuhan,
               tempat mohon pertolongan, dan sebagainya yang dirakamkan, sekurang-kurangnya,





                                                         81
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92