Page 86 - Monograf Persuratan Melayu
P. 86
Monograf Persuratan Melayu 2022
Sekalipun isinya hanya berita kecil
lagi seminggu universiti akan cuti
di kampung surat itu harganya melambung
apalagi bagi keluarga petani
(Sajak 'Surat Dari Kampus')
(c) Keluarga dan Sahabat
Sebagai manusia berbudaya dan hidup bermasyarakat dalam satu institusi yang
dinamakan kampung, mereka mempunyai ikatan kekeluargaan dan sosia yang erat. Ikatan
itu terjalin kesan daripada hubungan darah dan keturunan, perkahwinan dan juga
persahabatan. Perhubungan persahabatan berlaku disebabkan (a) mereka tinggal dalam
institusi yang sama, (b) mereka mempunyai citarasa yang sama, dan (c) mereka
mengamalkan nilai, Pegangan yang sama. Justeru, sikap ingat-mengingati, nasihat-
menasihati menjadi amalan sosial budaya yang diwarisi sebagai adat.
Dalam hal hubungan kekeluargaan dan sahabat tidak terkecuali menjadi inspirasi dan
idealisme Nawawee Mohammad mengungkapkannya dalam sajak. Antaranya terpancar
dalam sajak sebagaimana di bawah.
(i) Citra kekeluargaan
Penyair menggambarkan imej manusianya sebagai pelindung, penyayang, saling
mengingati dan sebagainya. Contoh sajak ialah sajak ‘Ibu’ (m.s.10), sajak ‘Surat Ayah
(m.s. 26), sajak ‘Surat Kepada Seorang Kakak’ (m.s. 27), sajak ‘Terima Kasih’ (m.s. 29),
dan sajak ‘Terima Kasih Ayah Ibu’ (m.s. 31). Hal ini dapat dilihat, misalnya dalam
petikan di bawah.
Engkau payung sentiasa berkembang
melindung hujan panasku
engkau pelita tak kunjung padam
menyuluh gelapku
(sajak ‘Ibu’)
Bahasa kampungnya cukup jujur tetapi mengharu
menasihatiku supaya sentiasa berjimat
(sajak ‘Surat Ayah)
80