Page 88 - Monograf Persuratan Melayu
P. 88
Monograf Persuratan Melayu 2022
dalam 14 buah sajak. Sajak ‘Di Dalam Masjid’ (m.s. 67) misalnya, merakam aktiviti
beribadat, fadilat bersolat di masjid. Sajak-sajak Nawawee mohammad yang berimejkan
keagamaan lebih banyak mencari dan mengambil intipati di sebalik kejadian bagi
memperteguhkan batiniah diri. Ada antaranya yang diungkapkan secara langsung dan
sebaliknya. Dalam sajak ‘Engkau’ (m.s. 71) misalnya, Nawawee bermuhasabah tentang
kekuasaan dan kehebatan engkau. Muhasabah terhadap kejadian alam itu akhirnya bagi
mengisi batiniah diri, sebagaimana dirakamkan dalam sajak, antaranya;
Segala zat luar diri seperti terpanggil
bersatu menjujung wujud-Mu
(Sajak ‘Di Luar Diri’)
Alam ini ibarat perpustakaan
dalil kekuasaan dan kebesaran Tuhan
(Sajak Alam Ini Ibarat Perpustakaan’ m.s. 63)
Aku menerimamu hujan
satu daripada berjuta rahmat Tuhan
kepada alam hari iniku
(Sajak ‘Hujan’ m.s. 76)
Bersihkan aku jika kotor
kejatkan aku jika kendur
kejutkan aku jika tidur
(Sajak ‘Mohon Pertolongan-Mu, Tuhan)
(e) Cinta Akan Negara
Terdapat satu bahagian khusus sajak-sajak berkenaan kenegaraan, yang
dinamakan Bumi Negara Kita. Walau bagaimanapun, tidak semua 24 buah sajaknya
berkenaan kenegaraan. Misalnya, sajak ‘Sesekali Apabila Hujan Lebat’ (m.s. 53) atau
sajak-sajak siri ‘Surat’ adalah berkenaan perilaku manusia seharian. Hanya sebilangan
sajak sahaja yang menggambarkan perasaan cinta akan negara seperti sajak ‘Di Bawah
Lambaian Bendera Negara’ (m.s. 35), sajak ‘Bumi Negara Kita’ (m.s. 36), ‘Harga
Perpaduan (m.s.37), Ogos 31 (m.s. 44), Perwira Bangsa (m.s. 45) dan lain-lain. Antara
citra yang tergambar dan digambarkan pada manusia dalam sajak-sajak bahagian ini ialah
82