Page 89 - Monograf Persuratan Melayu
P. 89

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               berkenaan dengan ketaatan, perpaduan, semangat nasionalis, pengorbanan dan  cinta
               kepada negara.  Hal ini dapat diperhatikan dalam petikan sajak contoh di bawah.

                              Kita teruskan tugas mulia rakyat merdeka

                              membina hidup menyubur taat dan setia
                              pada agama, raja dan negara
                                            (Sajak ‘Di Bawah Lambaian Bendera Negara’)


                              Jangan diperkongsikan
                              pertiwi ini
                              nadi, darah, dan dagingku

                              mustahil dipisahi
                                            (Sajak ‘Puisi Cinta Untuk Pertiwi’)

                              Berkongsi mengembalikan kasih yang hilang

                              bersatu mengumpul cinta yang telah terkorban
                              selepas musim demi musim
                              dibudayakan angin kota

                                            (Sajak ‘Sebuah Catatan Pulang’)

               Umpama Mutiara dan Kesesuaiannya Kepada Remaja

               Telah dinyatakan bahawa ada dua perspektif berkenaan sajak-sajak remaja. Pertama,
               sajak yang ditulis oleh remaja dari persepsi remaja, dan kedua, sajak yang yang ditulis
               oleh golongan dewasa yang ditujukan kepada remaja. Umpama Mutiara berada dalam
               kategori kedua. Kesan  daripada pembacaan sajak-sajak dalam UM didapati ada dua
               kategori sajak. Pertama, sajak-sajak yang bersifat menyeru dan harapan, dan kedua sajak-
               sajak yang bersifat rakaman peribadi penyair.


                      Bagi kategori pertama, adalah difikirkan sesuai kerana penyair juga merupakan
               ahli masyarakat yang mempunyai keinginan, harapan dan kecintaan terhadap masyarakat
               dan negara. Segala nikmat dan laknat yang datang akan turut meresap dan membadai diri
               penyair. Tambahan, aspek yang dipersajakan pula merupakan aspek yang berada dalam
               pengalaman latar hidupnya, menjadikan seruannya lebih menyakinkan. Penyair
               merupakan pelajar berijazah, pendidik di dalam dan di luar negara, dan hidupnya pernah
               merentas kampung, pekan dan kota. Justeru, tindakan penyair menyeru  dan menaruh





                                                         83
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94