Page 94 - Monograf Persuratan Melayu
P. 94

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                     Falsafah Dan Pemikiran Melalui Karya Sastera Nasional
                                        Membentuk Negara Bangsa

                                Wan Norlidza binti Wan Mohd Zain, Ph.D




               Pengenalan

               Sastera merupakan suatu hasil seni  indah yang disampaikan melalui bahasa, sama ada
               dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Sastera sebagai wahana pembangunan insan yang
               melibatkan pembentukan diri, sikap dan mental. Oleh itu, karya sastera perlu lahir
               daripada pencipta yang sudah jelas kedudukannya, baik perhubungannya, jelas
               wawasannya, jelas sumber ilmunya dan jelas kaedah pengolahannya. Sebagai langkah
               untuk merealisasikan sastera sebagai pembangunan negara bangsa,  sastera perlu
               berpaksikan manusia kerana  karya sastera merupakan sebahagian daripada budaya dan
               peradaban sesuatu bangsa.


                      Sastera nasional pula merujuk kepada sastera yang mengemukakan cerita bangsa
               sendiri dan berbentuk kebangsaan iaitu memperkenalkan identiti negara bangsa
               berlandaskan Perlembagaan Malaysia. Sastera nasional  mengambil  kira  kepelbagaian
               bangsa dalam masyarakat Malaysia.  Kekuatan  sastera  nasional  terletak  pada  cara
               karya sastera   memadukan  ilmu dan kemanusiaan sejagat dan menggunakan bahasa
               Melayu sebagai wadah penyampaian cerita. Karya sastera nasional juga harus menjadi
               aspirasi negara untuk memupuk perpaduan dan mengemukakan  cerita mengikut
               keperluan bangsa serta berlandaskan kebudayaan dan kosmologi Melayu.


               Falsafah dan Pemikiran dalam Karya Sastera Nasional

                      Falsafah dan pemikiran  dalam sesebuah karya sastera  perlu  ditafsirkan  secara
               bijak oleh pengkaji supaya cerita yang disampaikan oleh penulis memberi kesan yang
               mendalam kepada khalayak. Setiap karya pasti akan terselit falsafah dan pemikiran yang
               akan diterjemahkan oleh pembaca dengan pelbagai tafsiran khususnya dalam hal
               pembentukan negara bangsa.

                      Menurut Al-Farabi, salah seorang ahli falsafah Islam yang terkenal mengatakan
               bahawa istilah falsafah  diambil daripada perkataan ‘philosophia yang kemudiannya
               dihurai sebagai ‘Philo’yang bererti pencipta, dan ‘sophia’yang bererti bijaksana. Lantas
               itu menurut beliau, falsafah membawa maksud “pencipta bijaksana”. Bagi Plato (427-348
               SM) pula, falsafah ialah ilmu pengetahuan yang berhasrat mencari dan mencapai hakikat




                                                         88
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99