Page 98 - Monograf Persuratan Melayu
P. 98

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               Disember 1981 dan Setiausaha  “Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu  IV” yang
               diadakan di Kuala Lumpur dari 7-10 Disember 1984.

                      Dalam dunia penulisan kreatif, antologi cerpennya yang pertama Parasit (1976),
               memperlihatkan  corak penulisannya dengan gaya baharu melalui bahasa yang puitis.
               Dalam antologi cerpennya yang kedua, Sesudah Perang (1978), Anwar menggarap tema
               tentang “nasib” watak-watak dalam kebudayaan tradisi di ambang kebudayaan baharu
               yang agresif, materialistik dan individualistik. Inilah tema yang banyak diungkap oleh
               Anwar, sebagaimana terbukti dalam kebanyakan karyanya, termasuk sebilangan besar
               karya dalam antologi cerpen ketiganya Sangkar. Selama menghasilkan cerpen, sudah
               empat kali Anwar memenangi Hadiah Karya Sastera Malaysia: “Perjalanan Terakhir”
               (1971), “Dunia Adalah Sebuah Apartmen” (1973), “Sesudah Perang” (1976), “Sasaran”,
               “Sahabat” dan “Menjadi Tua” (1982/83).

                      Anwar Ridhwan pernah  bertugas sebagai Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa
               dan Pustaka Malaysia. Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya
               dalam ujana kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau dipilih sebagai penerima S.E.A.
               Write Award 2002. Pada tahun 2009 pula, beliau menerima anugerah Sasterawan Negara
               daripada daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Ogos
               ini di Kuala Lumpur. Beliau merupakan Sasterawan Negara yang kesepuluh. Beliau kini
               bertugas di Akademi Seni Budaya dan Warisan  Kebangsaan (Aswara) sebagai dekan
               Fakulti Penulisan.

               ii.   Sinopsis Novel Arus

               Arus menceritakan kisah seorang pawang buaya, iaitu Pawang Kri dan isterinya Imah dan
               anak perempuannya Azizah yang hidup jauh daripada masyarakat Kampung Tok Wali
               kerana Pawang Kri dipulaukan oleh  masyarakat  kampung akibat difitnah oleh Lebai
               Amrah. Pawang Kri difitnah kafir oleh Lebai Amrah kerana menggunakan mentera untuk
               menangkap buaya-buaya di Sungai Usar. Pawang Kri memang terkenal dengan
               kemahirannya menangkap buaya sehingga dia digelar pawang buaya.  Dia bergantung
               kepada kemahiran yang dia ada untuk menyara kehidupannya sekeluarga di samping
               memungut hasil-hasil hutan seperti damar dan nipah.

                              Lebai Amrah mempunyai dendam yang berpanjangan dengan Pawang Kri
               kerana Pawang Kri telah berkahwin dengan Imah, gadis idamannya pada waktu dahulu.
               Akibat dendam yang tersimpan itu, Lebai Amrah telah menabur fitnah kononnya Pawang
               Kri membuat sesuatu yang telah melanggar syariat Islam semasa menangkap buaya. Hal
               ini telah menyebabkan penduduk Kampung Tok Wali juga memandang negatif kepada
               Pawang Kri dan terus  meminggirkan Pawang  Kri dan keluarga. Pawang Kri telah




                                                         92
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103