Page 103 - Monograf Persuratan Melayu
P. 103
Monograf Persuratan Melayu 2022
iii. Semangat patriotisme
Patriotisme dalam karya boleh dikaitkan dengan perasaan cinta akan diri sendiri, cinta
akan keluarga dan cinta akan tanah air. Semangat ini adalah satu perasaan semula jadi
yang mendorong seseorang untuk bekerja keras demi kebahagiaan diri sendiri,
kebahagiaan dan keselamatan keluarga serta pembangunan negara dan melindungi
warisan budaya daripada dimusnahkan oleh anasir luar atau dalaman. Patriotisme ini juga
bersamaan dengan dedikasi dan pengorbanan seumur hidup untuk diri, keluarga dan
negara.
Patriotisme boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk. Apabila kita bersuara dan
mempertahankan diri, keluarga dan negara ini daripada serangan mana-mana pihak juga
dinamakan semangat patriotisme. Semangat patriotisme juga dikaitkan dengan sikap kita
yang menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik seperti vandalisme ke
atas harta awam atau membuang sampah di tempat-tempat awam sewenang-wenangnya,
kita adalah seorang yang patriotik. Apabila kita menyumbang ke arah menjadikan
masyarakat bebas daripada jenayah atau melindungi dan memelihara alam sekitar, kita
juga seorang patriotik. Mempertahankan diri dan keluarga daripada difitnah juga
dikatakan mempunyai semangat patriotik. Sesungguhnya, semangat patriotism boleh
dipaparkan melalui kata-kata, pemikiran dan tindakan demi kepentingan diri, keluarga
dan negara. Seseorang yang patriotik juga bermakna menyumbang pandangan dan
pendapat ikhlas dalam bidang tertentu yang boleh membawa kebaikan kepada diri,
masyarakat dan negara.
Cinta akan diri
SEMANGAT
PATRIOTISME
Cinta akan keluarga Cinta akan negara
97