Page 102 - Monograf Persuratan Melayu
P. 102

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022



                                                 Kasih sayang



                                          NILAI KEMANUSIAAN





                                 Bertanggungjawab                Kegigihan


               Nilai kemanusiaan ialah aset yang boleh dijadikan sumber didaktik yang disemai secara
               halus dan tersirat. Oleh itu, sebagai pembaca yang bijaksana, unsur-unsur nilai hendaklah
               dijadikan panduan dan pedoman untuk membuat penilaian diri.


                      Kasih sayang ialah suatu nilai yang luasnya maknanya yang merangkumi kasih
               sayang terhadap darah daging sendiri, kasih sayang kepada sahabat yang sejati, dan kasih
                      ADAT
               sayang kepada jiran dan ahli masyarakat yang berada bersama-sama kita. Perasaan kasih
               sayang ini akan mengikat seseorang untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan
               sebaik-baiknya kepada orang yang disayangi. Nilai kasih sayang sangat  besar  ertinya
               kepada manusia kerana dengan kasih sayang manusia tidak berkira dalam apa-apa jua
               pertolongan yang diberikan mahupun harta benda yang dilaburkan.

                      Kegigihan merupakan  nilai positif yang bermaksud berusaha bersungguh-
               sungguh untuk mencapai sesuatu yang membahagiakan hidup walaupun menempuhi
               segala kemelut dan pancaroba. Segala rintangan dan halangan akan menjadikan seseorang
               itu lebih gigih berusaha untuk meneruskan kelangsungan kehidupannya. Cemuhan dan
               cacian diharungi dengan tabah malah menjadi semangat untuk terus berusaha sehingga
               mencapai hajat yang dicita-citakan.


                      Bertanggungjawab juga tergolong dalam nilai kemanusiaan yang harus
               diutamakan dalam kehidupan manusia. Seseorang yang bertanggungjawab mempunyai
               kesanggupan untuk melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Seorang yang
               bertanggungjawab akan menjaga maruah keluarga dan dirinya dengan baik dan sentiasa
               mengutamakan orang di bawah tanggungjawabnya.







                                                         96
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107