Page 99 - Monograf Persuratan Melayu
P. 99

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               membawa keluarganya tinggal jauh dari Kampung Tok Wali dan hidup di kampung
               seberang.

                      Perkara yang menyayat hati berlaku dalam hidup Pawang  Kri apabila Imah
               meninggal dunia kerana dibaham oleh buaya.  Pawang Kri merayu kepada Lebai Amrah
               untuk menguruskan jenazah  Imah secara  Islam namun tidak diendahkan oleh Lebai
               Amrah dan penduduk kampung. Hal ini menyebabkan Pawang Kri juga berdendam
               dengan  Lebai Amrah dan penduduk kampung. Setelah isterinya tiada, Pawang Kri
               membesarkan anak gadisnya seorang diri sehinggalah Azizah berusia 25 tahun.
               Kecantikan Azizah menjadi sebutan penduduk kampung namun Pawang Kri melarang
               Azizah daripada rapat dengan sesiapapun di Kampung Tok Wali.

                      Kematian dua orang penduduk kampung disebabkan dibaham buaya itu mendapat
               liputan surat khabar. Hal ini juga sampai ke pengetahuan Pawang Kri namun dia tidak
               mahu bekerjasama dengan penduduk kampung  untuk menangkap  buaya yang telah
               membunuh penduduk kampung itu. Kisah kematian dua orang pemuda yang dibaham
               buaya ini mendapat perhatian seorang pegawai bank yang tinggal di bandar yang bernama
               Muslim. Semasa Muslim mendapat berita tentang keganasan buaya itu, dia terfikir untuk
               menyelesaikan masalah  penduduk kampung tersebut kerana pada ketika itu, Muslim
               tertekan dengan tuduhan yang dikenakan ke atas dirinya sedangkan dia tidak melakukan
               skandal pecah amanah tersebut. Bagi menghilangkan kerisauan dan kekacauan hatinya,
               Muslim telah mengajak sahabat baiknya Salleh ke Kampung Tok Wali untuk menangkap
               buaya yang mengganas itu.

                      Muslim dan Salleh bergerak ke Kampung Tok Wali dengan membawa senapang
               untuk membunuh buaya yang mengganas itu. Hasil daripada maklumat penduduk
               kampung, mereka berdua mendapat maklumat yang Pawang Kri mempunyai kemahiran
               membunuh buaya. Mereka berdua memujuk Pawang Kri untuk bersama-sama membunuh
               buaya yang mengganas itu. Akhirnya Pawang Kri bersetuju bekerjasama dengan Muslim
               dan Salleh namun kesudahan cerita Pawang Kri juga terkorban kerana menjadi mangsa
               buaya yang mengganas di Sungai Usar itu.


               Falsafah dan Pemikiran dalam Novel Arus

               Tiga komponen yang terkandung dalam falsafah dan pemikiran dalam sesebuah karya
               adalah seperti yang terdapat dalam gambar rajah di bawah:











                                                         93
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104