Page 85 - Monograf Persuratan Melayu
P. 85

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022



               (b) Mencari Ilmu dan Kepentingan Ilmu
                      Sebagai seorang bekas guru dan bekas pensyarah di institusi perguruan, citra diri
               Nawawee Mohammad sendiri tidak dapat dipisahkan daripada memperkatakan tentang
               ilmu. Malah terasa bahawa Nawawee sangat mementingkan ilmu. Justeru, tidak hairanlah
               sajak-sajak dalam UM banyak memperkatakan tentang ilmu. Misalnya sajak 'Demikian
               Bahasa Manusia' (m.s.5), 'Dengan Ilmu Pengetahuan' (m.s.6),  'Di Perpustakaan' (m.s. 7),
               'Ruang perpustakaan' (m.s. 21), 'Terima Kasih' (m.s.29), 'Sahabatku Seorang Mahasiswa'
               (m.s. 47), 'Surat dari Kampus' (m.s.55), 'Alam  Ini  Ibarat Perpustakaan' (m.s.63) dan
               sebagainya. Dalam sajak-sajaknya itu, Nawawee menggambarkan kesedaran masyarakat
               terhadap ilmu dan berusaha mencari ilmu, nilai ilmu pada masyarakat, malah mereka
               amat memandang tinggi institusi ilmu dengan segala isinya. Hal ini dapat diperhatikan
               dalam petikan contoh sajak-sajak di bawah.


                              Walaupun di mana dan bila
                              jika kaya ilmu di dada
                              hidup tidak akan tersesat jalan
                              ibarat malam lampu di tangan

                                            ( Sajak 'Ilmu Pengetahuan')

                              setiap pengunjung walaupun siapa

                              selama di sini tekun menggilap minda
                              tajamnya dapat dijadikan senjata
                              nanti tidak gentar mendepani cabaran
                              berani menjawab sebarang soalan

                              tidak risau walau diserang sesiapa
                                            (Sajak 'Di Perpustakaan')


                              melintas ruang ini
                              kita seperti sedang mematangkan fikiran
                              untuk menghuraikan banyak tanda tanya
                                            (Sajak 'Ruang Perpustakaan')










                                                         79
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90