Page 81 - Monograf Persuratan Melayu
P. 81
Monograf Persuratan Melayu 2022
musim membeluh hari-hari mencedung
terbentang mendung membelah siang
menjadikan suasana alam bendang
lukisan tercantik amat mengagumkan
(Lukisan Bendang: m.s. 41)
Dari alam kampung, pengalaman Nawawee Mohammad membesar hingga ke
universiti. Imej universiti sangat besar dan mulia dalam persepsi masyarakat kampung,
sebagaimana dinyatakan oleh Nawawee dalam puisinya, 'Surat dari Kampus' (m.s. 55)
dalam petikan di bawah.
Sekalipun isinya hanya berita kecil
lagi seminggu universiti akan cuti
di kampung surat itu harganya melambung
apalagi bagi keluarga petani.
Dari alam kampung ke alam universiti, Nawawee akhirnya berkhidmat sebagai
pendidik. Dedaktisme dan idealisme Nawawee sebagai pendidik begitu terserlah dalam
sajak, melalui imej-imej seperti buku, perpustakaan, sekolah, kampus, universiti, cikgu,
IPT, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Citra guru dalam diri Nawawee dapat dikesan
dari pelbagai aspek. Misalnya, dari imej perpustakaan. Terdapat empat daripada 86 buah
sajak dalam kumpulan ini menggunakan perkataan 'perpustakaan' dalam judul sajak.
Petikan beberapa buah sajak di bawah ini menunjukkan sikap dan sifat dedaktisme
pengarang sebagai pendidik.
Perlu cermat apabila berbelanja
elakkan runtunan nafsu haloba
ingat beringat sebelum terkena
berjimat cermat ketika berbelanja
kelak hidup bahagia selama
('Perisai Kehidupan' m.s: 18)
75