Page 76 - Monograf Persuratan Melayu
P. 76

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               2005: 48 – 116). Dalam tulisan ini akan dilihat hubungan manusia dengan dirinya dan
               dengan manusia-manusia lain. Hal ini difikirkan sesuai dengan sifat puisi remaja itu
               sendiri.

               Citra Kumpulan Sajak ‘Umpama Mutiara’


               Nawawee Mohammad mengkategorikan kumpulan sajaknya ini sebagai sajak remaja.
               Dalam Catatan Penulis Nawawee mengkhususkan kumpulan sajaknya ini kepada remaja
               antara 13 hingga 17 tahun. Yang dikatakan remaja ialah mereka yang berusia di bawah
               21 tahun. Ini bererti, sajak-sajak dalam kumpulan ini untuk remaja tahap pertama.


                      Sama ada remaja tahap pertama atau kedua, mereka berada dalam peringkat
               pengisian, pencarian dan membina identiti.  Mereka sering menggunakan sajak untuk
               mengungkapkan perasaan dan fikiran, termasuk juga harapan dan idealismenya. Melalui
               kegiatan bersajak, mereka mempelajari bahasa dan nilai kehidupan sebenar.


               Sebenarnya, sajak remaja terbahagi kepada dua  kategori. Pertama, sajak remaja yang
               dihasilkan oleh kaum remaja. Kedua, sajak remaja yang dihasilkan oleh penulis dewasa.
               Yang dikatakan sajak remaja kerana tema dan cara pengolahannya. Sajak-sajak dalam
               Umpama Mutiara merupakan contoh sajak remaja yang dihasilkan oleh kaum dewasa.

                      Sebagaimana sajak-sajak untuk golongan dewasa, kaum remaja juga mempunyai
               banyak perkara yang hendak disampaikan dan perlu kita dengar serta fahami. Masalah
               yang digeluti membawa perasaan dan fikiran remaja. Walaupun mereka memperkatakan
               tentang isu-isu nasional, namun isu itu dilihat dari persepsi remaja. Persepsi remaja kaya
               dengan kesempurnaan dan harapan sama ada terhadap rakan seusia mahupun masyarakat
               dan pemimpin negara. Mereka selalu bersikap mendidik dan mubasabah diri. Perhatikan
               petikan sajak 'Kejayaan' karya Mohd Azrie bin Zaninal Bidin dari SMK Tengku Mahmud
               2 di bawah.
                              Kejayaan

                              kau sukar kumiliki
                              andainya tugasan kuabaikan
                              mata pena kurehatkan

                              kealpaan menjadi pujaan
                              berfoya-foya menjadi amalan
                              ungkapan guru kujauhi
                              kemalasan kuungguli





                                                         70
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81