Page 80 - Monograf Persuratan Melayu
P. 80

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               Di sinilah antara peranan para sasterawan bersama-sama pemimpin sosio budaya yang
               lain bagi membina masyarakatnya. Anggota masyarakat boleh mengambil ikhtibar yang
               dipaparkan oleh pengarang bagi mengharmonikan diri dan kehidupannya.

               Idealisme dan Dedaktisme Pengarang


               Sebagai sajak untuk bacaan remaja, terasa amat jelas sekali unsur-unsur dedaktisme pada
               kebanyakan sajak dalam kumpulan ini. Sekali gus unsur dedaktisme ini menjadi idealisme
               pengarang. Kedua-dua isme ini, dedaktisme dan idealisme, sesuai dan sepadan dengan
               diri Nawawee Mohammad.


                      Nawawee  atau nama  asalnya Mat Rawi bin Hamat dilahirkan di  Kampung
               Pakwong, Jertih, Terengganu. Pakwong merupakan perkampungan Melayu di pinggir
               pekan Jertih. Purata masyarakatnya bekerja sebagai petani. Dalam suasana kemelayuan
               dan alam pertanian, Nawawee menerima pengalaman awal yang mewarnai latar dirinya
               sehingga kini. Sajak-sajak beliau, baik sajak kanak-kanak, sajak remaja mahupun sajak-
               sajak umum tidak terlepas daripada alam kampung yang dihijaui pelbagai flora dan fauna.
               Pengalaman dan alam kampungnya jelas terdapat dalam sajak 'Alangkah Payahnya
               Perjalanan Pulang ke Zaman Bujang,' 'Anak Lembu Jantan,' 'Dusun Kenangan,' 'Sebidang
               Tikar Mengkuang,' dan sebagainya. Perhatikan petikan sajak-sajak di bawah.


                             Tiba-tiba bulan kembali muda
                             longgokan botol oren bertindih-tindan tin sardin
                             seperti tiba-tiba saja terlonggok di situ
                                            (Alangkah Payahnya Perjalanan

                                            Pulang ke Zaman Bujang: m.s. 3)

                             pulang dari sekolah setelah Zuhur

                             selepas mengaji Quran
                             engkau satu-satunya dalam keluarga petani
                             teman akrab mengajarku berdikari
                             belajar sabit rumput mengerat jerami padi

                                            (Anak Lembu Jantan: m.s, 4)









                                                         74
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85