Page 82 - Monograf Persuratan Melayu
P. 82

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                             Belayarlah di luas lautan-Nya
                             bersampanlah di tasik tenang-Nya
                             kembaralah di padang saujana-Nya

                                            ('Alam Ini Ibarat Perpustakaan' m.s: 63)

                             Orang berbudi kita berbahasa
                             saling memberi sama merasa

                                            (Falsafah Kehidupan m. s: 74)

                             Maka jangan menggelabah dengan masalah

                             melainkan dengannya membina pengalaman
                             menguasai dan mengatasi gelombang emosi
                                            (Masalah, m.s: 80)


                             Demikian ibarat pakaian iman
                             pakailah sentiasa jangan abaikan
                             nescaya sentiasa dihormati orang

                                            (Pakaian Iman, m.s. 86)

                      Satu citra yang jelas,  idealisme pengarang dalam sajak-sajaknya ini ialah
               hubungan dengan ahli  keluarga dan ketuhanan. Pengarang seolah-olah memberitahu
               bahawa hubungan dengan kedua-dua imej tersebut adalah penting dan kita tidak terlepas
               daripada kedua-duanya. Hal ini terdapat, misalnya dalam sajak 'Ibu,' 'Peta Pengalaman,'
               'Sebidang Tikar Mengkuang', 'Surat Ayah,' 'Surat Kepada Seorang Kakak,' 'Terima
               Kasih,' 'Terima Kasih Ayah Ibu,' 'Bumi Negara Kita,' 'Lukisan Kampung,' 'Abadikan
               Cinta-Mu Tuhan,' 'Aku,' 'Alam Ini Ibarat Perpustakaan,' 'Dengan Nama-Mu,' 'Di Dalam
               Masjid,' 'Engkau' dan lain-lain. Pengarang  memesrai fenomena kehidupan dari
               pengalaman ahli keluarga dan alam sejagat, sebagai guru dan ilmu yang datang daripada
               Tuhan bagi  memperkasakan diri dan mengharmonikan kehidupannya serta lingkungan.
               Perhatikan petikan sajak-sajak di bawah.












                                                         76
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87