Page 83 - Monograf Persuratan Melayu
P. 83

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                              Sepanjang-panjang jalan kaulalui, ibu
                              membentang masa lepas yang mengajarkan
                              ibarat peta pengalaman

                              sempadannya sedang kumasuki sekarang
                                                   ('Peta Pengalaman' m.s: 19)

                              Aku menerimamu hujan

                              satu daripada berjuta rahmat Tuhan
                              kepada alam hari iniku
                                                   ('Hujan' m.s: 76)


                      Daripada catatan ringkas di atas telah saya tunjukkan idealisme dan dedaktisme
               Nawawee Mohammad yang dibungkus dalam bait-bait sajaknya. Beliau sebagai penyair
               dan sekali gus anggota masyarakat bukan sahaja berusaha memperkasakan dirinya, malah
               lingkungan dan generasi. Pengalaman diri, ahli keluarga, ahli masyarakat mahupun
               fenomena alam telah dirakam buat tatapan dan pedoman generasi membina modal insan
               dirinya.

               Citra Manusia dalam Umpama Mutiara

               Ada dua kesan setelah  membaca sajak-sajak dalam UM. Pertama, sajak-sajak yang
               ditujukan kepada kaum remaja. Kesan ini banyak terdapat dalam bahagian Surat Ayah.
               Kedua, sajak-sajak yang merakam perasaan dan fikiran penyair untuk renungan kaum
               remaja, yang banyak terdapat dalam bahagian Bumi Negara Kita dan Umpama Mutiara.

               (a) Masyarakat Kampung dan Pekerjaan

                      Daripada sajak-sajak kesan pertama dapat dikesan citra manusia secara lebih
               ketara, sesuai dengan sejarah pengalaman penyair yang bermula di kampung. Corak
               masyarakat dan pekerjaan masyarakatnya dapat dikesan melalui sajak 'Alangkah
               Payahnya Perjalanan Pulang ke Zaman Bujang' (m.s.3), 'Anak Lembu Jantan' (4), 'Dusun
               Kenangan' (m.s. 9), 'Kenangan' (m.s.13),, 'Mahal Pengalaman' (m.s.14, 'Masa Sudah'
               (m.s.16), 'Hidup Berkampung' (m.s. 38), 'Lukisan Kampung' (m.s. 42), 'Nelayan'
               (m.s.43), 'Sebuah Catatan Pulang' (m.s. 48) dan lain-lain.


                      Daripada kenangan lampau terpancar citra manusia lelaki menjalani hidup pada
               zaman bujang. Penyair menggambarkan bahawa manusia (mungkin pengarang sendiri)
               pada zaman bujang tidak gemar memasak. Mereka lebih suka makan di kedai, atau





                                                         77
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88