Page 78 - Monograf Persuratan Melayu
P. 78

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               tradisional di Jepun. Manakala, melalui buku Sejarah Melayu atau Hikayat Hang Tuah,
               kita dapat mengetahui sistem pemerintah dan corak masyarakat pada zaman dahulu kala.
               Melalui sajak-sajak yang berjudul 'Surat dari Kampus,' 'Surat dari Kampung,' 'Surat
               Sahabat,' 'Surat Seorang Teman yang Ditimpa Kemalangan' dapat diketahui nilai surat,
               persahabatan dan universiti bagi masyarakat kampung. Hal ini membuktikan bahawa
               karya sastera sangat berhubung dengan masyarakat.

                      Wilbur Scot menegaskan bahawa karya sastera tidak lahir dalam sebuah
               masyarakat yang kosong. Scot menjelaskan bahawa peristiwa yang terdapat dalam teks
               sebenarnya diambil daripada peristiwa yang berlaku dalam masyarakat nyata. Pengarang
               mengambil realiti masyarakat lalu memindahkannya ke dalam teks dengan cara memberi
               nafas baharu agar peristiwa dalam teks itu menjadi lebih menarik, lebih tragis dan
               menusuk kalbu. Apabila hal ini terjadi dalam diri pembaca, melalui kesan emosi (dan
               seterusnya kesan kesedaran), akan tercapailah hasrat pengarang menyampaikan perasaan
               dan fikirannya. Wujud hubungan timbal balik antara pengarang dengan karya sastera dan
               masyarakat. Pengarang memerlukan masyarakat sebagai sumber cerita. Masyarakat pula
               memerlukan karya sebagai wadah hiburan dan  teladan, manakala karya memerlukan
               pengarang sebagai perakam peristiwa. Sohaimi Abdul Aziz (Maniyamin bin Haji
               Ibrahim, 2005: 1) menegaskan bahawa wujudnya lingkaran hubungan itu disebabkan
               empat faktor, sebagaimana di bawah.


                          (a) penulis sebagai ahli masyarakat tentunya ter;ibat secara langsung dengan
                              kehidupan masyarakatnya;

                          (b) penulis sebagai pengarang akan menjadikan kehidupan masyarakatnya
                              sebagai sumber pengkaryaan;


                          (c) penulis menggunakan bahasa masyarakatnya sebagai alat  pengucapan
                              batin untuk menyuarakan rasa hati atau kehidupan bangsanya; dan

                          (d) karya sastera yang berfungsi sebagai kawalan sosial untuk memelihara
                              nilai dan norma masyarakat.


                      Empat faktor yang diungkapkan oleh Sohaimi Abdul Aziz itu dapat ditinjau dalam
               sajak-sajak Nawawee Mohamad. Misalnya, sajak ‘Kota dan Kehidupannya’ (m.s 40)
               sebagaimana di bawah.






                                                         72
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83