Page 79 - Monograf Persuratan Melayu
P. 79

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                              Hidup di sini seakan-akan tiada waktu
                              sama ada untuk bertegur sapa
                              apalagi untuk berkenal mesra


                              Kalaupun berwaktu
                              kelangsungannya dikepung suara kenderaan
                              dikejar lalu lintas didesak gerak perjalanan

                              bahawa kehidupan kota siang memanjang

                              Hidup kota sekalipun segar membangun

                              dan selamanya bergerak menuju puncak
                              jauh ke hadapan meninggal permulaan
                              masih banyak waktu menuntut kesabaran
                              dan mencabar pertimbangan kemanusiaan


                              Warna dan wajah kehidupan di sini
                              sekalipun dikejar tugas dan keperluan harian

                              jangan biarkan wang ringgit dan kebendaan
                              mengatasi menguasai maruah dan peribadi
                              dan meleburkan pertimbangan dan jati diri.


                      Jelas terbayang corak dan gerak masyarakat serta diri pengarang dalam sajak di
               atas. Pengarang menceritakan tentang kehidupan masyarakat di kota, satu pengalaman
               yang pernah dialaminya sendiri. Rakaman kehidupan itu tentunya diambil daripada
               peristiwa benar yang dialami oleh dirinya dan masyarakat kota. Pengarang menceritakan
               corak masyarakat dan tempat yang bernama kota, seperti (a) mengejar masa, (b) jarang
               bertegur sapa dan berkenal mesra, (c) bunyi bising kenderaan, (d) bagaikan siang
               memanjang, (e) dipenuhi pembangunan, dan  (f) sangat menuntut kesabaran dan
               kemanusiaan. Sebagai orang terpilih dalam masyarakatnya, maka pengarang berusaha
               menyuarakan emosi batiniah dirinya demi memulihkan moral masyarakat kota dengan
               cara menasihati agar (a) jangan membiarkan nilai kebendaan menguasai maruah dan
               peribadi, (b) jangan membelakangkan pertimbangan (akal waras) dalam membuat
               keputusan, dan (c) jangan meleburkan jati diri.

                      Apapun citra kota, masyarakat perlu menghadapinya kerana kota tidak hidup atas
               kehendak dirinya sendiri, melainkan atas kehendak dan gerak masyarakat di dalamnya.




                                                         73
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84