Page 84 - Monograf Persuratan Melayu
P. 84
Monograf Persuratan Melayu 2022
membeli barangan masakan yang telah siap. Penyair mengungkapkan hal ini melalui
kesan imej pada baris, “longgokan botol oren bertindih-tindan tin sardin.” Menang ini
sajian mudah melangsungkan hidup pada zaman bujang. Setelah berkahwin, segala
urusan penyediaan pakaian dan makanan lelaki diuruskan oleh isteri. Namun, sekali-
sekala, para suami akan berdepan dengan ketiadaan isteri untuk menguruskan pakaian
dan makanan. Berkenaan hal ini penyair mengungkapkan:
seluar baju seterika sendiri
cerewetnya saban hari
cerewet lagi masuk dapur masak sendiri.
Daripada petikan sajak 'Alangkah Payahnya Perjalanan Pulang ke Zaman Bujang'
itu dapat kita ketahui kesusahan hidup lelaki dewasa yang ketiadaan isteri. Secara tidak
kangsung penyair memberitahu akan nilai lelaki yang bergantung harap pada isteri, dan
nilaqi isteri pada suami bak kata pepatah, 'cubik paha kiri paha kanan pun terasa.'
Rutin kehidupan masyarakat kampung tidak terlepas daripada alam flora dan
fauna. Dalam sajak 'Anak Lembu Jantan' misalnya, penyair merakamkan aktiviti manusia
kampung sebagai:
x pulang dari sekolah
x mengaji Quran selepas waktu Zuhur,
x memotong rumput dan mengerat jerami
Daripada tiga aktiviti di atas dapat kita kesan citra manusia yang digauli oleh
penyair, iaitu (a) ada dua latar masyarakat manusia. Pertama, latar masyarakat pelajar
sekolah, dan kedua, latar masyarakat dewasa; (b) pekerjaan atau aktiviti masyarakat ialah
belajar, mengaji Quran, memotong rumput, dan mengerat jerami. Berdasarkan aktiviti
memotong rumput dan mengerat jerami kita dapat menganggarkan jenis pekerjaan utama
masyarakat ialah menternak binatang (lembu) dan menanam padi; dan (c) masyarakatnya
beragama Islam. Gambaran ini memang menepati latar realiti masyarakat Kampung
Pokwong sehingga kini.
Dalam sajaknya yang lain, 'Dusun kenangan,' (m.s.9) gambaran latar yang sama
diulangi, iaitu masyarakat pelajar dan masyarakat umum. Dalam sajak ini dilanjutkan
aktiviti pertanian seperti menanam durian, rambutan, langsat, duku, dan manggis.
78