Page 5 - Monograf Persuratan Melayu
P. 5
Monograf Persuratan Melayu 2022
Sekapur Sirih : Pengarah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT,
kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Monograf Persuratan Melayu 2022 berjaya
disempurna dan diterbitkan. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada
ahli Jabatan Persuratan Melayu kerana berjaya menerbitkan monograf ini lima tahun
berturut-turut. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli
yang telah menyumbangkan idea dan berkongsi ilmu dalam bidang bahasa, sastera dan
budaya dengan khalayak pembaca. Sesungguhnya, usaha murni ini amat penting dalam
menjulang ilmu bahasa, sastera dan budaya ke tahap yang lebih tinggi.
Usaha menerbitkan Monograf Persuratan Melayu 2022 ini memperlihatkan rasa
keperihatinan, komitmen dan kesedaran dalam kalangan tenaga pengajar tentang
kepentingan kegiatan akademik yang berbentuk ilmiah dan berupaya dikongsi melalui
wacana penulisan. Kesignifikan perkara ini berupaya dimanfaatkan oleh pelbagai
khalayak terutamanya yang terlibat dengan bidang pendidikan.
Selain itu, dengan penerbitan ini dapat menggambarkan kepakaran dan keintelektualan
para penulis terserlah melalui penemuan dan penyelidikan ilmiah mengikut bidang
masing-masing yang merupakan wadah kepada perkongsian dunia bahasa, kesusasteraan
dan kebudayaan Melayu yang berperanan menyumbang ke arah pemartabatan bahasa
Melayu.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penulis yang memberi
sumbangan dalam menerbitkan Monograf Persuratan Melayu 2022 ini. Semoga usaha
murni ini sentiasa diamalkan dan mendapat keredaan daripada Allah S.W.T.
Sekian. Terima kasih.
HJH NOR ASILAH BINTI OSMAN, B.C.K
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur
i