Page 6 - Monograf Persuratan Melayu
P. 6

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


                                      Sekacip Pinang : Ketua Jabatan









               Bismillahirahmanirrahim.
               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
               Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya Monograf
               Persuratan Melayu tahun 2022 dapat disiapkan dengan jayanya pada tahun ini.

               Penerbitan Monograf Persuratan Melayu secara  tahunan ini sesuai dengan  kebitaraan
               Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)  dalam bidang bahasa,
               sastera dan budaya Melayu. Penghasilan monograf ini amat besar ertinya dalam usaha
               melestarikan budaya berkarya dalam kalangan pensyarah yang berada di IPGKBM.
               Melalui wadah ini, para pensyarah dapat  menyumbangkan idea dan ilmu dalam bidang
               persuratan Melayu untuk dikongsi dan disebar luas kepada bacaan umum khususnya
               kepada warga kampus IPGKBM ini sendiri.

               Kepada semua pemakalah yang terlibat, saya ucapkan syabas dan tahniah kerana sudi
               berkongsi ilmu dan pengalaman demi memartabatkan bahasa, sastera dan budaya Melayu
               ke peringkat yang lebih tinggi.

               Akhir kata,  saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pemakalah yang terlibat
               dalam menjayakan Monograf Persuratan Melayu  tahun 2022. Saya berharap tuan/puan
               akan terus mengamalkan budaya menulis dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
               bidang bahasa, sastera dan budaya dengan para pembaca.

               Terima kasih

               Dr. MOHD HAIDI BIN MOHD KASRAN
               Ketua Jabatan Persuratan Melayu
               Institut Pendidikan Guru
               Kampus Bahasa Melayu
               Kuala Lumpur








                                                         ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11