Page 8 - Monograf Persuratan Melayu
P. 8
Monograf Persuratan Melayu 2022
PRAKATA
Bismillahirahmanirrahim.
Setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana Monograf Persuratan Melayu tahun
2022 ini dapat disempurna dan diterbitkan untuk bacaan umum. Selawat dan salam
kepada Baginda Muhammad S.A.W dan ahli keluarga serta para sahabat R. A. Monograf
ini memaparkan hasil kajian dan kupasan isu yang berkaitan dengan bidang
kesusasteraan, bahasa dan kebudayaan Melayu. Selain itu, monograf ini juga memuatkan
enam makalah yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji dalam bidang kesusasteraan
Melayu. Tajuk-tajuk makalah yang terdapat dalam Monograf Persuratan Melayu tahun
2022 ini ialah “ Bilur-Bilur Islami dalam Teks ‘Syair Asyiqin’” , “Elemen Sosiobudaya
dan Etika Pemikiran Melayu dalam Lirik Lagu Melayu Klasik”, “Cahaya Islam Dengan
Kelangsungan Melayu : Berpisah Tiada”, “Tepak Sirih : Tautan Komunikasi Orang
Melayu”, “Citra Manusia dalam Kumpulan Sajak ‘Umpama Mutiara’ Karya Nawawee
Mohamad”, dan “Falsafah dan Pemikiran Melayu Melalui Karya Sastera Nasional
Membentuk Negara Bangsa”.
Makalah pertama bertajuk “Bilur-Bilur Islami dalam Teks ‘Syair Asyiqin’” yang
ditulis oleh Mohd Fauzi Abdullah melihat aspek bilur-bilur Islami dalam teks Syair
Asyiqin karya Tok Syahibuddin Zainal Abidin Ulama dan Sasterawan Pahang Abad ke-
17. Sebanyak 202 rangkap syair diteliti terbahagi kepada 4 fasal perbincangan ilmu iaitu
Fasal I Nasihat1, Fasal II Nasihat2, Fasal III Syair Sufi dan Fasal IV Syair Asyikin.
Penulis membuat penelitian secara analisis teks dan kajian perpustakaan. Syair-syair
tersebut dipetik dari teks syair bertulisan jawi disalin oleh Qadi Ibrahim Abu Bakar
Hurairah (Ibrahim Hurairah) dan ditransliterasi ke rumi oleh pengkaji sastera rakyat
Pahang Aripin Said. Teks dibukukan cetakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia, 2004, edisi kulit keras setebal 78 halaman. Teks syair dalam tulisan
rumi setebal 36 halaman dengan kata pengantar Setiausaha Bahagian Kebudayaan dan
Kesenian serta kertas perbincangan pengenalan tokoh oleh Aripin Said bertajuk Tok
Syahibuddin bin Zainal Abidin al-Fatani : Ulama’ dan Sasterawan Abad Ke-17.
Kandungan syair dikaji berteraskan ilmu Islam dan tunjang fungsinya untuk memandu
manusia mentauhidkan Allah. Pendekatan analisis bercorak mendidik dengan cara nasihat
malah kritikan sosial diguna pakai oleh pengkaji. Dalam konteks ini pengkaji
menggunakan istilah “bilur-bilur Islami” yang merujuk kepada nasihat atau kritikan
agama Islam yang menimbulkan pengajaran, ingatan dan kesan di hati penerima. Dalam
pengertian kamus “bilur” bermaksud “bekas pada kulit akibat dipukul dengan sesuatu
2