Page 11 - Monograf Persuratan Melayu
P. 11

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               hasil penulisan Sasterawan Negara yang sarat dengan falsafah dan pemikiran tinggi yang
               diselitkan dalam penulisan mereka. Penggunaan  bahan sastera seperti novel ini dapat
               menerapkan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dengan mengutamakan pemupukan
               semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan
               warganegara yang mempunyai jati diri yang kuat, menghargai khazanah bangsa serta
               meningkatkan kecintaan mereka terhadap agama, bangsa dan negara. Selain itu, nilai
               positif yang diterapkan dalam karya sastera diharap dapat diteladani  dan dijadikan
               panduan dalam kehidupan.  Pembacaan karya sastera seperti novel hasil tulisan
               Sasterawan Negara ini perlu digalakkan kerana karya sastera ini banyak membicarakan
               peristiwa yang berlaku pada masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan
               pandangan tertentu. Melalui pembacaan karya sastera, masyarakat digalakkan berfikir
               secara kritis tentang kewajaran sesuatu peristiwa berlaku. Sastera mendidik pembaca
               untuk berfikir tentang kerasionalan sesuatu peristiwa bukan menghukum apabila berlaku
               sesuatu perkara. Kemahiran berfikir seumpama ini akan mematangkan pemikiran
               pembaca dan dapat mengelakkan daripada bersikap terburu-buru dalam tindakan. Selain
               itu,  karya sastera juga dapat memberi hiburan kepada pembaca sambil mengisi masa
               lapang. Keseronokan membaca  karya seumpama ini secara tidak langsung dapat
               memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.


                      Daripada enam  makalah yang diutarakan dalam Monograf Persuratan Melayu
               2022   ini, bidang kesusasteraan Melayu, bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu
               ditelusuri dan dikupas untuk mewadahkan makalah yang dapat dijadikan panduan dalam
               kajian dan penulisan seterusnya.  Selamat membaca!



               Siti Salamah binti Mohamad Yusof
               Pensyarah,

               Jabatan Persuratan Melayu,
               Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
               Lembah Pantai,Q

               59990 Kuala Lumpur.
               E-mel : sitisalamah@ipgkbm.edu.my

               November 2022








                                                         5
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16