Page 14 - Monograf Persuratan Melayu
P. 14

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               Teks Syair Asyiqin

               Teks Syair Asyiqin ini merupakan antara karya keagamaan berbentuk puisi yang penting
               karangan Tok Syahibuddin Zainal Abidin Ulama Pahang Abad ke-17. Skrip teks asal
               dalam tulisan jawi penghujung abad ke-18 (1830-1918)  disalin  oleh Qadi Ibrahim
               Hurairah (1830-1918) iaitu cicit Tok Syahibuddin. Teks ditransliterasi rumi oleh pengkaji
               Aripin Said. Dalam kata pengantar buku ini mencatatkan “Teks ini merupakah khazanah
               yang sangat berharga kerana di dalamnya sarat dengan panduan dan pedoman menjadi
               muslimin sejati. Teks ini dapat menjadi contoh teladan kepada generasi muda hari ini”
               (Norliza, hal.1)

               Teks yang dijadikan bahan kajian ini adalah teks Syair Asyiqin karangan Tok Syahibudin
               Zainal Abidin. Teks dengan kata pengantar  Norliza Rofli,  Setiausaha Bahagian
               Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dibincang dan ditransliterasi rumi oleh
               pengkaji sastera rakyat Pahang Aripin Said dan diterbitkan sebagai siri pemikiran tokoh.
               Teks ini dibukukan  dengan kulit keras berukuran 16 x 24 cm, setebal  84 halaman
               bercetak. Diterbitkan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, tahun
               2004.  Teks Syair Asyiqin dirumikan oleh Aripin Said setebal 27 halaman (hal. 17-44).
               Teks asal dalam huruf jawi tulisan tangan penghujung abad ke-18, yang kemas dan mudah
               dibaca, setebal 31 halaman (hal. 47-78).  Mengikut catatan teks, teks syair ini  disalin
               bertulisan jawi oleh cicit Tok Syahibuddin iaitu Qadi Ibrahim Abu Bakar Hurairah (1830-
               1918).  Bahan kajian adalah teks bertulisan rumi sepanjang  202  rangkap syair.  Isi
               kandungan teks terpecah-pecah dan susunan pengajian kelihatan bercampur  serta
               bertindih antara satu sama lain. Bagi memudahkan analisis, pengkaji membahagikan
               susunan teks kepada 4 fasal. Fasal I – Syair Nasihat1 (40 rangkap, hal. 18-22), Fasal II
               – Syair Nasihat2 (63 rangkap, hal. 23-30), Fasal III - Syair Sufi (24 rangkap, hal. 31 –
               33) dan Fasal IV – Syair Asyikin (58 rangkap, hal. 36 – 43)


               Terminologi

               Penelitian terhadap teks yang menumpukan pada analisis isi kandungan selalu menjadi
               landas perbincangan pengkaji. Ramai juga sarjanawan yang menumpukan soal fungsi
               karya khususnya yang terhasil dari teks keagamaan yang secara langsung berfungsi ke
               arah pembinaan tamadun bangsa. Sejak awal dahulu berlaku perdebatan antara Plato dan
               Aristotles tentang sumbangan karya sastera dalam pembinaan bangsa. Dalam tradisi Cina
               purba menuntut agar sesebuah karya sastera itu perlu mengandungi nilai sejarah yang
               dapat dijadikan iktibar  dan panduan hidup tamadun bangsa kemudiannya.   Malah
               penghujung tahun 1990-an, sarjanawan Belanda yang menekuni ruang sastera Melayu
               tradisional V.I Braginsky  (1994, hal.1-2)  mengupas dengan panjang  lebar tentang





                                                         8
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19