Page 9 - Monograf Persuratan Melayu
P. 9

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               yang tajam atau nipis seperti cemeti, rotan. Sehubungan dengan maksud itu pengertian
               “bilur-bilur Islami” dalam konteks kajian ini bermaksud ilmu atau pengajaran Islami yang
               berkesan, berbekas di hati yang disampaikan secara nasihat, ingatan, panduan, kritikan
               dengan menggunakan larik-larik syair yang indah. Hasil penelitian ringkas ini penulis
               mendapati bahawa teks Syair Asyiqin merupakan antara karya keagamaan berbentuk puisi
               yang penting karangan Tok Syahibuddin Zainal Abidin. Teks ini merupakah khazanah
               yang sangat berharga kerana di dalamnya sarat dengan panduan dan pedoman menjadi
               muslimin sejati. Sarat dengan pengajaran ilmu fikh, tauhid, tarikat, makrifat dan sufi.
               Teks ini dapat menjadi contoh teladan, nasihat dan pengajaran kepada generasi muda hari
               ini.

                      Makalah seterusnya ditulis oleh Padlon binti Abdul Rahman yang mengemukakan
               tajuk “Elemen Sosiobudaya dan Etika Pemikiran Melayu dalam Lirik  Lagu Melayu
               Klasik”.   Beliau mengupas tiga elemen sosiobudaya dan etika pemikiran Melayu iaitu
               yang pertama  sosiobudaya dan etika pemikiran dalam konteks hubungan manusia dengan
               manusia (konsepsi kesepaduan masyarakat).  Yang kedua, etika pemikiran konseptual
               hubungan dengan manusia dengan alam dan ketiga hubungan pemikiran konseptuan
               hubungan manusia dengan tuhan.  Penulis menganalisis lirik-lirik lagu Melayu klasik
               untuk melihat ketiga-tiga elemen ini dengan pertautan seni lagu dan pemikiran.
               Pemilihan kata yang indah dan bermakna dalam lirik lagu dijadikan contoh untuk melihat
               tiga elemen sosiobudaya dan pemikiran Melayu tersebut.


                      Dengan tajuk “Cahaya Islam dengan Kelangsungan Melayu : Berpisah Tiada”,  Dr
               Mohd Haidi bin Mohd Kasran  merumuskan bahawa    pancaran  cahaya  Islam telah
               memberi satu impak yang besar terhadap kelompok masyarakat Melayu di Nusantara.
               Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari dan dipengaruh oleh ajaran Agama Islam.
               Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu turut hadir mewarnai kehidupan orang
               Melayu. Kehadiran agama Islam dalam masyarakat Melayu telah menjadikan ajaran Islam
               diasimilasi ke dalam budaya dan adat kehidupan seharian orang Melayu termasuklah juga
               dalam bidang kesusasteraan yang disampai kepada khalayak dalam bentuk ajaran Islam.
               Kedatangan  Islam berserta tamadunnya juga telah membawa suatu citraan baharu
               terhadap pandangan hidup dan penerimaan pelbagai bangsa yang menganut agama
               tersebut. Sememangnya diakui pegangan agama yang kuat adalah tunjang kepada
               pembentukan adab dan susila masyarakat Melayu. Bukan itu sahaja, agama juga memberi
               pengaruh yang  cukup  kuat kepada  adat dan  budaya Melayu itu sendiri.  Dengan
               menjadikan pantun Melayu dengan tema nasihat, kasih sayang, pantun kanak-kanak dan
               lain-lain, penulis menghuraikan bagaimana akrabnya kehalusan budi, akhlak dan adab








                                                         3
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14