Page 17 - Monograf Persuratan Melayu
P. 17

Monograf Persuratan Melayu                                                       2022


               Sebagai umat Islam “kepada makhluk jin dan insan”, penulis mengajak kita untuk
               sentiasa mengikut sunnah Rasulallah berasaskan tuntutan syarak “hukum syarak itulah
               jalan”.  Antaranya soal penyucian hadas dan  najis yang mungkin menjadi punca
               kemurkaan dan azab di alam kubur. Nasihat agar menggunakan akal dengan waras dalam
               mentauhidkan Allah, Rasul dan saranan agar sentiasa bertaubat sementara pintu taubat
               masih terbuka.

                      Akal berfikir hendaklah tajam

                      Hidup di dunia sehari semalam
                      Menyampuk pun bulan sebelum kelam
                      Kandil terpasang belum padam.    (SA, rangkap 9, hal. 19)


               Tuntutan terhadap ilmu perlu seimbang antara agar ilmu tersebut berguna untuk
               kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Ilmu seharusnya berguna untuk menambahkan
               tawaduk dalam kehidupan bagi melawan godaan nafsu dunia.

                      Tuntutlah ilmu jalan agama

                      Jangan dibuang umur yang lama
                      Sucikan hatimu daripada dunia
                      Lawan berperang nafsu dan hawa      (SA, rangkap 11, hal. 19)


               Mencari harta adalah harus, kerana harta dapat memenuhi tuntutan keperluan hidup di
               dunia. Namun lebih afdal andainya harta itu juga digunakan sebaiknya untuk keperluan
               jihad ke jalan agama di samping meningkatkan  iman. Ambil iktibar bagaimana harta
               digunakan oleh para ambia untuk mengembangkan Islam. Juga kisah-kisah manusia yang
               tamak harta akhirnya dibinasakan Allah seperti dikisahkan nabi dan sahabat terdahulu.

                      Diharuskan Allah mencari harta

                      Gunanya itu akan belanja
                      Tidak disuruhkan tamak dan loba
                      Dengarlah kisah segala ambia.      (SA, rangkap 12, hal. 19)


               Umat Islam juga dituntut untuk memahami pelbagai ilmu berkaitan Islam – ilmu makrifat,
               syariat dan ibadat. Hal ini perlu, bagi membolehkan kita mengetahui had dosa dan pahala,
               mana yang fardu dan sunat, mana yang syariat dan hakikat.






                                                         11
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22